Sunday, November 29, 2009

RUAS


Bersama anak-anak muda Johor yang kreatif, inovatif dan positif. Aktiviti bermula dengan tayangan pembuatan filem pendek 'LABO' Lantai Aku Bumbung Orang . Majlis diacarakan oleh Tok Rimau dari Sendiket Soljah.

Majlis benar-benar dimulakan dengan persembahan bunyian gitar oleh zack dari Komuniti JOHO. setelah itu sesi temubual dengan zack tentang komuniti JOHO yang diasasnya di Face book.

Seterusnya tayangan filem pendek oleh saudara Dean Sham, Lantai Aku Bumbung Orang. Setelah itu sesi soal jawab dengan saudara Dean Sham yang banyak membantu anak muda yang minat buat filem

Berehat sebentar menikmati jamuan ringkas yang ditaja ikhlas oleh penganjur sambil menikmati pameran foto oleh LOMOKIDS.

Kemudian Tayangan filem pendek 'sebuah perhentian kesukaan aku suatu waktu dulu'.
http://www.youtube.com/watch?v=toUAzEaGXNc. Setelah itu pengarahnya iaitu saudara Rozinorazali berkongsi pengalamannya

Acara diakhiri dengan temubual dengan penganjur aktiviti ini iaitu saudara syed (RUAS) dan tuan punya tempat (Pohon Minda) Hasrat yang mulia diluahkan.





Friday, November 27, 2009

Preview Seni @ Hutan Bandar III


Tahun ini merupakan kali ketiga saya dan Ilshah menganjurkan pameran dan demontrasi seni kat hutan bandar. Aktiviti ini mengumpul seramai mungkin pelukis. Buat pameran dan demontrasi seni. keterangan lanjut kat http://komunitipelukishutanbandar.blogspot.com

Friday, November 20, 2009

Tugas Pertama Sebagai Jurulatih Utama Pend. Seni Visual

Pada 16/11/09 hingga 18/11/09 saya telah menjalankan tugas pertama saya sebagai jurulatih utama di kursus enjoy learning untuk ketua-ketua panitia pendidikan seni negeri Johor. Tugas saya dalam kursus tersebut ialah memberi maklumat kepada peserta kursus berkaitan dengan pengajaran menggunakan ict.

Pada peringkat awalnya saya diarahkan untuk membuat modul menggambar dan membuat corak menggunakan microsoft word. Tetapi saya fikir ms word tu mesti semua orang dah tahu. Oleh itu saya mencari software lain yang percuma, baru dan sesuai digunakan untuk murid sekolah rendah.

Kebetulan saya terlibat sebagai penyelaras projek inovasi pendidikan kerjasama sekolah dengan UTM atas tajaan MOSTI. Sebenarnya untuk projek tersebut saya telah menyiapkan modul inovasi pnp kemahiran hidup. namun begitu saya tetap memperuntukkan kajian saya untuk PSV.

Kebetulan pula saya menemui google sketchup yang fungsinya seperti AUTOCAD. saya uji dulu pada murid saya dari tahun 3 hingga tahun 6 dan saya dapati mereka boleh menggunakannya dengan baik.

Berdasarkan ujian tersebut saya membuat keputusan untuk menggunakan sketchup sebagai modul bengkel yang telah diakan di bandar tenggara tersebut.

Alhamdulillah walaupun masa yang diperuntukkan kepada saya untuk menyampaikan sketchup kepada ketua-ketua panitia negeri johor tersebut kurang dari dua jam, namun respon yang saya perolehi sangat baik. Oleh itu saya harap bekalan installer sketchup yang saya berikan kepada mereka itu akan mereka install di makmal komputer mereka.

Sunday, November 15, 2009

Sehari Bersama Pelukis : ISMABIB

Saya sampai ke rumah Pak Mail lebih kurang jam 10.20 malam. Agak lewat juga sampai ke rumahnya. Ini kerana saya dah sesat berpusing-pusing mencari Ampang Point sebagai tempat pertemuan sebelum ke rumahnya di jalan Kempas.

Banyak ilmu dan pengalamannya yang dikongsi olehnya kepada saya. Melihat karyanya dan juga studionya, jelas kegigihan dan semangatnya dalam bidang seni ini.

Saturday, November 7, 2009

Jadi Pengadil Pertandingan Mewarna KUNTUM The Star di MAWAR, JB

Tahun ni merupakan tahun kedua saya dijemput untuk menjadi pengadil pertandingan mewarna KUNTUM The Star. Kali ini di MAWAR ,JB

Wednesday, November 4, 2009

cahaya di celah awan mendung yang mula berarak pergi

Petang tadi saya ke Hutan Bandar MBJB. Kali ini saya berjumpa selaku pengasas Komuniti Pelukis Hutan Bandar. Bukan selaku Setiausaha 2 Persatuan seni lukis & Reka cipta Johor (SERUPA). Saya dan Ilshah berbincang dengan Penolong Pengarah Bahagian Lanskap MBJB tentang hala tuju Komuniti Pelukis Hutan Bandar di Hutan Bandar MBJB.

Ada sinar baru untuk Komuniti Pelukis Hutan Bandar dengan pucuk pimpinan Hutan bandar yang baru ini. Ada beberapa perkara yang telah dibincangkan. tak semua boleh diceritakan di sini. Namun satu perkara yang boleh di maklumkan iaitu kami akan membuat preview seni @ hutanbandar pada bulan 12 nanti.

Oleh itu jika ada sesiapa pelukis yang berminat untuk bersama kami menjayakan preview seni @ hutanbandar tersebut bolehlah hubungi saya di relief_painting@yahoo.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails