Tuesday, November 16, 2010

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Seni Visual tahun 1


8hb-10hb 2010:SK Sikijang, Gelang Patah

Selama 4 hari saya dipertanggungjawabkan menyampaikan kurikulum baru yang mengantikan KBSR kepada 2 kumpulan guru seni visual daerah Johor Bahru.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kursus tersebut.


















Monday, September 20, 2010



19/9/2010 Ahad. Galeri Pelita Hati

Akhirnya saya berjaya juga menghantar karya untuk Pameran Ilham 4 yang akan berlangsung pada 24/9 hingga 23/10/2010 di Galeri Pelita Hati.

Thursday, September 9, 2010

dah lama

alahai, lama betul tak menulis apa-apa di sini. Tengoklah kalau lapang nanti nanti nak cerita balik apa yg berlaku

Thursday, May 13, 2010

KEMBARA JEJAK BERSENI 2010






Pada 5/10/2010 saya menganjurkan kembara jejak berseni. Aktiviti ini ialah rombongan lawatan berpandu. Maksudnya ialah lawatan ini berserta dengan lembaran kerja yang perlu murid siapkan.

Destinasi kami ialah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan Galeri Seni Johor.

Di Pusat Kraftangan Malaysia kami mewarna batik, melawat galeri produk kraf warisan dan kontemporari serta melawat perkampungan kraf

Setelah itu kami ke Galeri Seni Johor. Di sini murid dikehendaki membuat imitasi karya pelukis yang ada dalam pameran tersebut

Pada 11/5/2010 aktiviti kami ke Galeri Seni Johor keluar surat khabar The Star. Bangga bebudak sebab masuk surat khabar.

Laporan penuh di http://artgeng.blogspot.com

Wednesday, April 21, 2010

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL ZON SKUDAI

20 April 2010 Selasa SK SUNGAI DANGA, JB : Saya pergi mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Zon Skudai. SK Sungai Danga menjadi ketua Panitia Pendidikan Seni Zon Skudai.

Saya selaku ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Sk. Taman Universiti turut menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.

Di dalam mesyuarat tersebut kami telah memutuskan untuk menganjurkan pertandingan pendidikan seni peringkat zon Skudai.

Pertandingan yang akan kami anjurkan ialah pertandingan membuat gambar buahan-buahan dengan menggunakan teknik kolaj untuk tahap satu. Manakala untuk tahap dua pula kami akan menganjurkan pertandingan membuat anyaman kelarai Tampuk Manggis.

Untuk kursus pemantapan guru pendidikan seni visual, saya telah mencadangkan kursus anjuran bersama kraftangan Malaysia cawangan Johor. Kebetulan saya kenal baik pegawai Kraftangan Johor tersebut. Dengan persetujuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor tersebut, terdapat beberapa kursus kraf boleh dianjurkan antaranya batik chanting, anyaman rotan, ketuk logam dan ukiran kayu.

Semua ketua Panitia Zon Skudai sepakat untuk memilih kursus menchanting batik.

Tuesday, April 6, 2010

Monday, April 5, 2010

Thursday, March 25, 2010

MELAKAR BUDAYA WARISAN BANGSA : ENDAU ROMPIN


Saya bukanlah salah seorang peserta pameran ini. Namun selaku pelukis Johor dan merangkap SU 2 Persatuan SERUPA Johor maka saya terlibatlah sebagai urusetia pameran ini.






Wednesday, March 3, 2010

kadang-kadang buta mataku melihat

entah kawan cakap
kekadang putih
ermm mungkin hitam
diberitahu orang merah
katanya

atuk cakap kuning pula
argh......
pakcik cakap dulu hijau
semalam macam unggu
kata makcik pula

aduh pening

emak cakap
cuba tengok betul-betul
abah cakap
kena tengok sendiri
kaji, selidik dulu
kumpul maklumat
kemudian fikir
beri jawapan
dan doa
semoga ianya betul dan tepat

jika masih keliru
rujuk Al Quran, Hadis dan sunnah

kata abah lagi
jangan putus asa
fikir lagi dan ingat
hanya Allah maha mengetahui

Sunday, February 14, 2010

Seharian di KL. Pelita hati, Balai Seni Lukis, Conlay dan Dato Jaafar Taib.

13/2/2010, Sabtu,- saya dengan Cikgu Ali Mustafa bertolak ke KL dari JB pada jam 1.30 pagi. Banyak berhenti sepanjang perjalanan. Sampai di Pelita Hati pada jam 8.30 pagi. Benar yang sebagaimana yang diberitahu. Bumbung galeri Pelita Hati dah berlubang akibat kebakaran yang berlaku. Saya hubungi En. Raja Anuar dan diberitahu supaya ke kedai yang disewanya sehingga penghujung Februari ini. Sampai di sana saya mengambil kembali karya Khlangkeo saya tersebut. Sempatlah berbual dengannya dan saya tunjukkan padanya produk DIY saya. En. Raja Anuar cadangkan saya suply produk saya di Balai Seni Lukis Negara.

Lebih kurang jam 10.00 pagi kami sampai di Balai Seni Lukis Negara. saya hubungi En. Shahrul Niza untuk mengambil karya kami. Setelah selesai urusan mengambil kembali karya, kami terus ke dalam untuk menyaksikan pameran open malaysia. Kemudian saya ke kedai barangan seni. sempatlah juga sambar satu katalog pameran Rupa dan Jiwa Johor 2006. Bertanya saya tentang bagaimana saya hendak pasarkan produk saya. Menurutnya saya perlu ke pejabat Balai pada waktu pejabat untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Saya hubungi Pak Ismail Baba, pelukis Conlay. Dia datang dan bawa kami ke Conlay. Lama juga saya di Conlay. Berjumpa dengan En. Fuad (Karikatur), En. Ali Akhbar, En. Donald Dog dan Adeputra. Menarik berkongsi pengalaman dengan mereka di Conlay.

Setelah itu kami ke Bangsar Shopping Centre. Dato Jaafar Taib sudah lama menunggu di rentoren Dome. Cikgu Ali Mustafa ini memang kenal baik dengan Dato Jaafar ini. Saya sempat jugalah beritahu tentang produk saya dan minta nasihat bagaimana nak menjalankan perniagaan. Banyak jugalah tip-tip yang diberinya kepada saya. Di BSC tu ramai jugalah VVIP yang saya terserempak. Antaranya Dato Yahya tuan punya syarikat gerbang selatan, Adik Tun Hussein Onn dan beberapa lagi orang politik yang malas saya nak tulis namanya di sini.

Malam kami bertolak pulang ke JB. Sampai rumah jam 6.00 pagi. Satu perjalanan yang jauh, singkat dan menyeronokkan.

Thursday, February 4, 2010

KURSUS BINA IHSAN GURU


sepatutnya kursus BIG ini diadakan pada minggu lepas tetapi ditunda pada minggu ini mulai 4/2/10 hingga 7/2/10.

Kursus BIG ini adalah syarat wajib untuk penganugerahan ijazah. Kalau tak pergi tak dapat ijazah.

PEMILIHAN AHLI ARTGENG 2010

Saya telah membuat pemilihan ahli baru artgeng bagi sesi 2010 maklumat lanjut di http://artgeng.blogspot.com

Thursday, January 28, 2010

PROJEK TECHNOFUND DAN KURSUS BINA IHSAN GURU (BIG)

Sekarang jam 3.30pagi. Terbangun. Jap lagi saya perlu ke sekolah untuk urusan audit projek inovasi pendidikan yang saya bertindak selaku Penyelaras projek. Projek ini dijalankan bersama UTM. Pihak MIMOS selaku wakil MOSTI akan datang untuk mengaudit perkembangan projek ini. Hari ini saya akan buat makroteaching menggunakan segala pendekatan, kaedah, strategi yang sesuai dengan alat dan bahan yang telah dibina melalui projek technofund ini.

MOSTI akan datang jam 10.00 pagi hari ini. Dari segi persediaan, rasanya dah bersedia. selebihnya saya bertawakal dengan Allah.

Cuma pada hari ini juga saya perlu ke IPGM Tun Hussein Onn untuk mengikuti kursus Bina Ihsan Guru (BIG). Kursus ini syarat wajib untuk program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) yang saya ikuti anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) selama 3 hari.Pergh tak ada cutilah saya.

Pendaftaran jam 2.30 petang. Mahu-mahu jam 12.00 saya perlu bergerak untuk mempersiapkan diri untuk bergerak ke IPGM tersebut. Sekurangnya 1 jam untuk mempersiapkan diri dan satu jam setengah lagi untuk perjalanan.

Tengoklah macamana, kalau tak selesai lagi audit, selebihnya saya serahkan pada pihak UTM untuk uruskannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails