Wednesday, February 9, 2011

Bengkel pendidikan seni visual guru sekolah rendah

BENGKEL PENDIDIKAN SENI VISUAL 2011
Insyaallah jika tiada aral melintang Sabtu 12/2/2011, saya akan mengadakan bengkel pendidikan seni visual di sebuah sekolah di Johor Bahru. Bengkel tersebut diadakan untuk guru pendidikan seni visual bukan opsyen. Di atas Entri ini ada maklumat berkaitan bengkel tersebut ( download ler jika suka )

Saturday, February 5, 2011

Sedang Buat Apa Sekarang?

Saya sekarang ni sibuk

1. Buat persiapan untuk aktiviti atgeng di UMall di Taman Universiti, JB.

2. Mengurus GROUP Artgeng di Facebook

3. Mengurus PAGE Artgeng juga di Facebook

  
4. Buat artwork untuk beberapa pameran akan datang 
  
5. mengajar kelas seni pada setiap hari Rabu dari jam 3.00 petang hingga jam 6.00 petang

6. merancang untuk mengurus kerja sebagai ketua guru disiplin sekolah. Sedang buat sistem notis disiplin. kira macam samanlah. satu salinan notis  untuk murid dan ibu bapa serta satu salinan lagi untuk fail.
                  Buat kesalahan ringan tiga kali akan di rotan sekali ditapak tangan. buat kesalahan sederhana dirotan sekali juga di tapak tangan. buat kesalahan berat 1 kali rotan di punggung berlapik seluar satu kali. ini pun ikut budi bicara tengok rekod kesalahan murid sebelumnya.

Hukuman rotan bukan keutamaan.

murid perempuan tidak akan dirotan sebaliknya dirujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling.
murid lelaki bawah umur 10 tahun tidak akan dirotan sebaliknya dirujuk kepada kaunselor.

7. kerja-kerja sebagai ketua penyelaras projek penyelidikan inovasi pendidikan dengan UTM. Projek Technofund dari MOSTI.

8. kerja kursus PGSR PSV

9. kerja-kerja sebagai Setiausaha 2 Persatuan Seni Lukis & Reka cipta Johor ( SERUPA)
10. lain-lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails