Thursday, March 10, 2011

UTMostIMIGINATION2011ARTBAZAR@PSZ

NAK KONGSI SIKIT TENTANG AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA  23 HINGGA 27 MAC 2011 IAITU 'UTMostIMIGINATION2011ARTBAZAR@PSZ'. 

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT BACALAH BAWAH TU...

Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, akan mengadakan UTMostIMIGINATION2011ARTBAZAR@PSZ iaitu aktiviti jualan karya seni dan kraftangan di foyer PSZ bermula 23 hingga 27 Mac 2011. Aktiviti tersebut juga disuaipadan dengan sambutan Konvokesyen ke 46.


Matlamat utama ialah bagi merealisasikan UTM sebagai salah satu tumpuan masyarakat dengan aktiviti yang dijalankan disamping menjana dana untuk tabung universiti. Selain itu, aktiviti ini mengetengahkan pelbagai lapisan penggiat seni budaya dari pelbagai bidang. Kepakaran dalam pelbagai bidang tertentu ini memberi ruang untuk penggiat seni budaya bertemu dengan warga kampus serta masyarakat umum untuk memasarkan serta memberi penghayatan melalui produk yang dihasilkan. Usaha ini dilihat sebagai usaha yang tepat kerana menjadikan UTM sebagai platform bagi menjana minda kreatif dan inovatif. Selain itu, sebagai universiti penyelidikan aktiviti ini memberi keseimbangan yang menyeluruh dalam konteks seni dan budayanya.


Sasaran utama ialah kepada penggiat seni visual yang mempunyai karya seni dengan nilai jualan tidak lebih dari RM500S. Syarat – syarat penyertaan adalah seperi di bawah.

MEDIA

Bebas

DIMENSI

Saiz maksimum untuk karya seni tidak melebihi 4ft  x 4 ft bagi ( 2 dimensi )
Bagi karya 3D tidak melebihi 2ft x 2ft x 2ft dan berat tidak melebihi 15 kg


6.             TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Tarikh akhir penghantaran karya adalah sebelum atau pada 20 Mac 2011

Penghantaran karya yang lewat dari tarikh ditetapkan tidak akan dilayan. Pameran dijangka berlangsung pada 18 Mac 2009

7.             SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas
Peserta mestilah menghantar karya yang siap berbingkai
Peserta perlu mengisi butir karya yang lengkap dan jelas di belakang karya
Pihak Penganjur mengenakan potongan 30 % terhadap setiap setiap jualan karya
Pihak Penganjur berhak menerbit dan mencetak mana-mana karya peserta untuk tujuan publisiti
Harga karya tidak melebihi RM 500.00
Pengangkutan dan keselamatan karya bagi tujuan jualan adalah tanggungjawab
            peserta
            Penyertaan adalah percuma
           

8.             KESELAMATAN, PENGHANTARAN DAN PENGAMBILAN KARYA

Semua urusan yang berkaitan adalah menjadi tanggungjawab mutlak peserta

Peserta dinasihatkan menginsuranskan karya sendiri untuk tempoh sebelum, semasa dan selepas aktiviti tamat

Penghantaran dan pengambilan karya adalah tanggungjawab peserta

9.             PERINGATAN

Peserta hendaklah mengambil karya 2 minggu selepas pameran tamat. Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan, kerosakan dan kecacatan karya yang tidak diambil selepas tempoh berkenaan.

10.          PENGANJUR PAMERAN

Perpustakaan Sultanah Zanariah
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai Johor Darul Takzim.

Untuk pertanyaan sila hubungi, Unit Galerium ( tel : 07 – 553 0147 ) Faks : 07-557 2555 atau e-mel : gemajiwa@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails