Saturday, April 9, 2011

Artgeng Johor diterima oleh Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM)sebagai sebahagian darinya.

Alhamdulillah rentetan dari aktiviti Artgeng Johor di UTMostIMIGINATION2011ARTBAZAR@PSZ
( Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM ) pada 23 hingga 27 Mac 2011 yang lalu, Artgeng Johor telah diterima sebagai sebahagian dari PSZ UTM tersebut.

Kami diberi peluang untuk menggunakan fisiliti yang ada untuk menjalankan aktiviti kelak insyaallah.



Kami artgeng Johor sedang merancang beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan di UTM kelak.

Doakan semoga perancangan kami Artgeng Johor berjalan lancar.

Monday, April 4, 2011

PAMERAN GETARAN JIWA P.RAMLEE DI BALAI SENI LUKIS NEGARA BERSEMPENA DENGAN HARI SENIMAN 201

Info utk Pameran Getaran Jiwa

PAMERAN GETARAN JIWA P.RAMLEE DI BALAI SENI LUKIS NEGARA BERSEMPENA DENGAN HARI SENIMAN 2011

Sukacitanya saya menarik perhatian YBhg Dato’/Tuan/Puan mengenai perkara di atas dan dimaklumkan bahawa Balai Seni Lukis Negara (BSLN) akan mengadakan pameran amal “Getaran Jiwa P.Ramlee”bersempena dengan Hari Seniman yang jatuh pada 29 Mei 2011.  Pameran akan berlangsung dari pertengahan Mei sehingga Julai 2011.

2.         Tujuan pameran ini adalah untuk memberikan peluang kepada warga pelukis bagi menterjemahkan kehidupan, persona dan personaliti Seniman Agong P. Ramlee dalam bentuk catan. Karya-karya beliau yang merangkumi muzik, lagu-lagu, semua filem-filem arahan dan lakonannya adalah sarat dengan segala pengertian. Kepelbagaian bakat dan keistimewaan Seniman Agong P. Ramlee sememangnya boleh dijadikan sumber ilham untuk menghasilkan catan realis yang kreatif lagi menarik.

3.           Perolehan maklumat mengenai P.Ramlee boleh dimuat turun melalui contoh-contoh laman web seperti berikut :


Seterusnya carian yang lebih meluas boleh dilayari melalui lain-lain laman web, penerbitan buku dan juga CD filem-filem P. Ramlee.

4.         Selain daripada itu, sumber rujukan juga boleh diperolehi melalui kunjungan ke Jabatan Arkib Negara Malaysia, Pustaka Peringatan P. Ramlee, dan Rumah Kelahiran P. Ramlee di Pulau Pinang.   BSLN juga turut menyediakan sumber rujukan tetapi terhad kepada jenis penerbitan dan CD filem-filem P. Ramlee sahaja.

5.         Sehubungan dengan itu, BSLN mempelawa YBhg Dato’/Tuan/Puan untuk menyertai pameran ini berdasarkan panduan seperti berikut:-

i)             Setiap peserta dialu-alukan menghantar sebuah karya catan realis figuratif  yang menepati tema dan mesti siap sepenuhnya;

ii)            Karya yang menampilkan figura P. Ramlee bersama-sama personaliti  yang lain adalah dibolehkan (seperti babak dalam filem);

iii)           Saiz karya hendaklah tidak melebihi 4 kaki x 4 kaki (ukuran tanpa bingkai);

iv)           Ciptaan karya mestilah yang terbaru dan belum pernah dipamerkan di mana-mana tempat;

v)            Penghantaran karya adalah atas tanggungjawab peserta dan tarikh akhir penghantaran adalah pada 29 April 2011.  Karya hendaklah diinsurankan oleh peserta (jika perlu);

vi)           Karya boleh dijual dan 10% daripada harga jualan akan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu yang akan diselaraskan oleh pihak BSLN.

6.         Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik  Alizam Bin Hassan dan Encik  Azman Bin Md. Salleh di talian 03 - 40267000 atau email kepada alizam@artgallery.gov.my dan azman@artgallery.gov.my

7.         Penyertaan YBhg Dato’/Tuan/Puan di dalam menjayakan pameran ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,







(Ambassador Dato’ Mohd Yusof Ahmad)
Ketua Pengarah
maklumat dari Fai Zakaria di group Artgeng di Facebook

Group Artgeng Pahang

Alhamdulillah saya sudah selesai menyiapkan blog untuk group Artgeng Pahang yang akan diuruskan oleh Cikgu Muhammad Pauzi di Sk Pancing Kuantan sebagai pelopor Artgeng di pahang. ini ialah blogspot Artgeng Pahang yg telah selesai saya bina.

http://artgeng3.blogspot.com



Blogspot ini  telah saya linkkannya dengan group artgeng pahang di facebook. Ianya telah saya serahkan kepada cikgu Pauzi untuk tindakan lanjut.

ini ialah group artgeng di facebook.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails