Sunday, May 8, 2011

Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2011





PENGENALAN
Galeri Shah Alam (GSA) telah memulakan Pameran Terbuka sejak 1991 sebagai aktiviti tahunan dengan memberi peluang dan ruang kepada semua karyawan seni visual untuk menyertai pameran. GSA menghargai hasil kreativiti dan inovatif karyawan untuk penghayatan masyarakat, Penganjuran ini merupakan
sokongan kepada perkembangan seni visual tanahair.

OBJEKTIF

  • Mencungkil dan mengasah bakat seni visual terutamanya karyawan muda sebagai pelapis yang berpotensi tinggi menghasilkan karya yang kreatif dan inovatif.
  • Memberi peluang dan kemudahan kepada karyawan bagi mempamer dan memperkenalkan karya kepada masyarakat umum
  • Mewujudkan hubungan akrab antara GSA dan karyawanseni visual tanahair.

TEMA

  • Tema adalah BEBAS dengan syarat karya tidak menyentuh dan menyinggung mana-mana agama dan bangsa serta perundangan

MEDIA

  • Penggunaan media adalah bebas dan tidak mendatangkan kemudaratan dan menjejaskan kesihatan individu lain.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Berat karya 2 dimensi tidak melebihih 30 kg.
  • Terbuka kepada individu berusia 18 tahun keatas, Staf Yayasan Seni Selangor/GSA tidak dibenarkan menyertai pameran.
  • SATU karya sahaja yang dihasilkan pada tahun 2010/2011 belum pernah dipamerkan dimana-mana galeri atau balai seni lukis.
  • Karya tidak melebihi saiz 150 x 150 sm dan tidak kurang 60 x 60 sm setiap satu termasuk karya bersiri dan berpanel dengan berbingkai.
  • Karya fotografi saiz minima ialah 41 x 51 sm (16" x 20") dan berbingkai.
  • Karya arca tidak melebihi 150 x 90 x 90 sm dengan berat tidak melebihi 30kg.
  • Karya semasa latihan studio dari mana-mana institusi pengajian dan kelas seni tidak dibenarkan sama sekali.
  • Pihak GSA akan mengenakan potongan 15% pada setiap jualan karya.
  • Sila sertakan gambar/potret diri untuk rekod pejabat.
  • Yuran penyertaan RM20.00 secara tunai atau wang pos diatas nama Yayasan Seni Selangor sahaja.
  • GSA berhak menerbit dan mencetak mana-mana karya peserta bagi tujuan publisiti dan promosi.
  • Setiap karya akan dihakimkan oleh panel hakim yang dilantik dengan keputusan muktamad. Karya yang layak sahaja akan dipamerkan.


KESELAMATAN, PENGHANTARAN DAN PENGAMBILAN
KARYA

  • Semua urusan yang berkaitan adalah menjadi tanggungjawab mutlak peserta.
  • Peserta dinasihatkan menginsurankan karya mereka bagi tempoh sebelum, semasa dan selepas pameran berlangsung.
  • Penghantaran dan pengambilan karya adalah tanggungjawab peserta


PERINGATAN


  • Peserta diwajibkan mengambil semula karya 2 minggu selepas pameran tamat, GSA tidak bertanggungjawab diatas kehilangan, kecacatan dan kerosakan yang berlaku selepas tempoh tersebut.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

26 Mei 2011 (Khamis) 2 petang
Penghantaran melebihi tarikh diatas tidak akan dilayan

Pameran berlangsung pada bulan Julai dan Ogos 2011

ANUGERAH INSENTIF

5 Karya pillhan akan menerima Anugerah Insentif GSA
RM1,000 x 5 PEMENANG

Persiaran Tasik,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-5510 5344, 5510 6045 Fax: 03-5510 2081
Emel: galerisa@gmail.com
Laman web: http://www.galerishahalam.com




http://www.facebook.com/event.php?eid=200573893313902&notif_t=event_wall#wall_posts

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails