Sunday, November 4, 2012

Contoh rujukan suasana pameran untuk pameran artgeng 6X6 @ Matic 2013.
http://vimeo.com/32513587

jom join... arteng ( http://www.facebook.com/groups/artgeng/ ) bukan hanya di alam maya. tentang standard karya? jangan takut atau malu. pameran ini adalah pameran untuk komuniti seni rupa (artgeng). kita tidak meletakkan standard tertentu. karya anda hak anda. anda yang perlu terlebih dahulu menghargainya. jika ianya karya anak anda, pastikannya ianya kemas, bersih dan sudah bersedia untuk dipamerkan. kita terima apa sahaja isme. children art atau naive art. kami tiada masalah dengannya. 


PELAWAAN MENYERTAI PAMERAN ARTGENG 6X6 @ MATIC 2013

PAMERAN INI TERBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA UNTUK MENYERTAINYA

PAMERAN ARTGENG 6X6 @ MATIC KL 2013

Tempat Pameran :

Matic Art Gallery, 
Pusat Pelancongan Malaysia
(Kementerian Pelancongan Malaysia )
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Malaysia.

terbuka kepada :
semua ahli artgeng tanpa batas umur, organisasi ( persatuan/kumpulan), status atau standard tertentu.

karya yang dipamerkan adalah :

1. HANYA KARYA SAIZ 6 inchi X 6 Inchi, ( termasuk kemasan tanpa bingkai / berbingkai ) TIDAK BOLEH LEBIH KECIL ATAU LEBIH BESAR DARI SAIZ TERSEBUT.

2. karya harus telah tersedia untuk di pamerkan (“Hang Ready”) ketika dihantar.

3. media bebas.

4. hanya karya untuk dipamer ke dinding ( 3D juga boleh tetapi mesti atas panel 6"X6" dan tidak tergantung melebihi panel tersebut )

5. original artwork

6. bilangan karya yang boleh dihantar adalah tidak terhad. Namun begitu setiap 1 karya perlu dibayar yuran pengurusan rm3.00 sebuah.

7. Tema Karya : BEBAS

8. Artgeng hanya mengambil 10% hasil jualan setiap karya.

Hal-hal lain yang berkaitan :
• Tarikh Mula Hantar : Sekarang
Tarikh akhir hantar : 15 Disember 2012
• Tarikh Pameran : 1 Januari 2013 hingga 30 Januari 2013

Alamat penghantaran

No 22, Jalan Bakti 75, Taman Mutiara Rini, 81300 Johor Bahru.
No. Telefon :
Norazlan Ahmad : 0197288811

PROSEDUR PENYERTAAN
1. 'Bank in' duit penyertaan ( 1 karya RM3 ) atas nama D ARTE FREN COLONY akaun CIMB 0106-0000558-10-1
2. Pos karya bersama slip bank in
3. Kepilkan sekali butiran diri dan karya ( nama, no tel, bilangan karya, jumlah bayaran, )
4. Nama pengkarya dan tajuk karya sila tulis di belakang karya. nyatakan juga harganya.
5. sila sms di 0197288811 yang menyatakan anda telah menghantar karya ( nyatakan nama anda, tarikh 'bank in' dan tarikh pos karya serta bilangan karya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails