Tuesday, February 18, 2014

KELAS SENI ARTGENG
TEMPAT : STUDIO ANJUNG KHLANGKEO, TAMAN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU
MASA : 3-6PTG (OIL PASTEL), 8-10MLM (CAT AIR)
SENI HALUS ATAS PERMINTAAN

HUBUNGI SAYA : 0197288811

Sunday, November 4, 2012

Contoh rujukan suasana pameran untuk pameran artgeng 6X6 @ Matic 2013.
http://vimeo.com/32513587

jom join... arteng ( http://www.facebook.com/groups/artgeng/ ) bukan hanya di alam maya. tentang standard karya? jangan takut atau malu. pameran ini adalah pameran untuk komuniti seni rupa (artgeng). kita tidak meletakkan standard tertentu. karya anda hak anda. anda yang perlu terlebih dahulu menghargainya. jika ianya karya anak anda, pastikannya ianya kemas, bersih dan sudah bersedia untuk dipamerkan. kita terima apa sahaja isme. children art atau naive art. kami tiada masalah dengannya. 


PELAWAAN MENYERTAI PAMERAN ARTGENG 6X6 @ MATIC 2013

PAMERAN INI TERBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA UNTUK MENYERTAINYA

PAMERAN ARTGENG 6X6 @ MATIC KL 2013

Tempat Pameran :

Matic Art Gallery, 
Pusat Pelancongan Malaysia
(Kementerian Pelancongan Malaysia )
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Malaysia.

terbuka kepada :
semua ahli artgeng tanpa batas umur, organisasi ( persatuan/kumpulan), status atau standard tertentu.

karya yang dipamerkan adalah :

1. HANYA KARYA SAIZ 6 inchi X 6 Inchi, ( termasuk kemasan tanpa bingkai / berbingkai ) TIDAK BOLEH LEBIH KECIL ATAU LEBIH BESAR DARI SAIZ TERSEBUT.

2. karya harus telah tersedia untuk di pamerkan (“Hang Ready”) ketika dihantar.

3. media bebas.

4. hanya karya untuk dipamer ke dinding ( 3D juga boleh tetapi mesti atas panel 6"X6" dan tidak tergantung melebihi panel tersebut )

5. original artwork

6. bilangan karya yang boleh dihantar adalah tidak terhad. Namun begitu setiap 1 karya perlu dibayar yuran pengurusan rm3.00 sebuah.

7. Tema Karya : BEBAS

8. Artgeng hanya mengambil 10% hasil jualan setiap karya.

Hal-hal lain yang berkaitan :
• Tarikh Mula Hantar : Sekarang
Tarikh akhir hantar : 15 Disember 2012
• Tarikh Pameran : 1 Januari 2013 hingga 30 Januari 2013

Alamat penghantaran

No 22, Jalan Bakti 75, Taman Mutiara Rini, 81300 Johor Bahru.
No. Telefon :
Norazlan Ahmad : 0197288811

PROSEDUR PENYERTAAN
1. 'Bank in' duit penyertaan ( 1 karya RM3 ) atas nama D ARTE FREN COLONY akaun CIMB 0106-0000558-10-1
2. Pos karya bersama slip bank in
3. Kepilkan sekali butiran diri dan karya ( nama, no tel, bilangan karya, jumlah bayaran, )
4. Nama pengkarya dan tajuk karya sila tulis di belakang karya. nyatakan juga harganya.
5. sila sms di 0197288811 yang menyatakan anda telah menghantar karya ( nyatakan nama anda, tarikh 'bank in' dan tarikh pos karya serta bilangan karya.

Tuesday, September 25, 2012

PENGAMATAN PEMERHATI

Kita mengandaikan bahawa setiap orang melihat benda yang sama dan alam yang kita ketahui dengan melalui pancaindera adalah sama bagi semua orang. Andaian ini adalah salah.

Wednesday, July 18, 2012

ARTIST MEMBERSHIP sepanjang hayat

18/7/2012 permohonan saya sebagai keahlian Pelukis Balai Seni Visual Negara selama sepanjang hayat telah diterima.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, June 23, 2012

Tuesday, June 12, 2012

Agenda Tahun ni.

Lama tak menulis di blog ni. Bukan bermaksud saya sudah tidak aktif lagi. Kebanyakan aktiviti di catat di facebook.

Tahun ni sudah berlangsung beberapa aktiviti.

1. Pameran Warna Lagenda, Galeria Perdana, Langkawi.
2. Pameran Seni Visual & Kitar Semula Galeri Seni Johor
2. Demo dan khidmat nasihat pembinaan Galeri di SMK Permas Jaya
2. Projek penghasilan karya catan relief untuk murid tahun 3 hingga 11 tahun
3. Pameran Artist Cilik  artgeng SKTU1 ' BIAR KAMI BERBICARA PERIHAL ALAM'
4. Zon Artgeng @ UMall kali ke 2
5. Pembinaan Galeri dan Ubah suai Bilik Seni Visual SKTU1





Saturday, September 10, 2011

jam 3.30 ptg semalam saya ke pejabat pelancongan Johor untuk terlibat dalam mesyuarat tentang penglibatan artgeng untuk 1Malaysia Contemporary Art Tourism Festival peringkat negeri johor. Saya akan uruskan bengkel artgeng yang akan melibatkan 500 orang peserta. Tenaga pengajarnya ialah murid-murid saya sendiri yang terdiri dari mereka yang berumur 11 hingga 12 tahun. pesertanya pula terbuka untuk semua yg berminat tanpa mengira peringkat umur tetapi keutamaan kepada pelajar.


Berikut adalah jadual aktiviti yang saya bentangkan dalam mesyuarat tersebut.



Bil
Tarikh / hari
Bilangan aktiviti
Jumlah jam
Bilangan peserta
masa
1
16/9 (Jumaat)
2 aktiviti
            Akt. 1
            Akt. 2

( 2 jam)
( 2 jam)

20 orang
20 orang
10am –12am
2 aktiviti
            Akt. 3
            Akt. 4

( 2 jam)
( 2 jam)

20 orang
20 orang
2pm  -  4pm
2
17/9 (Sabtu)

2 aktiviti
            Akt. 5
            Akt. 6

( 2 jam)
( 2 jam)

20 orang
20 orang
10am –12am
2 aktiviti
            Akt. 7
            Akt. 8

( 2 jam)
( 2 jam)

20 orang
20 orang
2pm  -  4pm
3
18/9 (Ahad)

2 aktiviti
            Akt. 9
            Akt. 10

( 2 jam)
( 2 jam)

20 orang
20 orang
10am –12am
2 aktiviti
            Akt. 1
            Akt. 2

( 2 jam)
( 2 jam)

20 orang
20 orang
2pm  -  4pm
4
19/9 (Isnin )
2 aktiviti
            Akt. 3
            Akt. 4

( 2 jam)
( 2 jam)

20 orang
20 orang
10am –12am
2 aktiviti
            Akt. 5
            Akt. 6

( 2 jam)
( 2 jam)

20 orang
20 orang
2pm  -  4pm
5

20/9 (Selasa)
2 aktiviti
            Akt. 7
            Akt. 8

( 2 jam)
( 2 jam)

20 orang
20 orang
10am –12am
2 aktiviti
            Akt. 9
            Akt  10

( 2 jam)
( 2 jam)

20 orang
20 orang
2pm  -  4pm
6
24/9 (Sabtu)
2 aktiviti
            Akt. 1

( 2 jam)

20 orang
10am –12am
7
25/9 (Ahad)
2 aktiviti
            Akt. 2

( 2 jam)

20 orang
10am –12am
8
1/10 (Sabtu)
2 aktiviti
            Akt. 3

( 2 jam)

20 orang
10am– 12am
9
2/10 (Ahad)
2 aktiviti
            Akt. 4

( 2 jam)

20 orang
10am– 12am
10
8/10 (Sabtu)
2 aktiviti
            Akt. 5

( 2 jam)

20 orang
10am –12am

Jumlah jam
50 jam
500 orang peserta

Thursday, July 7, 2011

KERTAS KONSEP KARNIVAL SENI VISUAL ZON ARTGENG @ UMALL 2011

KERTAS KONSEP KARNIVAL SENI VISUAL ZON ARTGENG @ UMALL 2011

PENGENALAN

Di Negara kita telah lahir ramai individu yang telah berkerja dalam pelbagai bidang kreatif. Mereka ini termasuklah pelukis, pengarca, pereka fesyen, pereka grafik, kurator galeri, pensyarah-pensyarah seni, guru-guru seni dan sebagainya. Kemahiran, ilmu dan pengalaman mereka ini boleh dimanfaatkan untuk membantu perkembangan murid dalam pendidikan seni visual..

Institusi-institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus seni visual dan pendidikan seni visual seperti UTM, UiTM, UNIMAS, USM, IPGM POLITEKNIK dan sebagainya juga boleh menyumbang sesuatu untuk manfaat pelajar. .Selain itu persatuan pelukis setiap negeri  dan Gabungan Angkatan Pelukis SeMalaysia (GAP) juga boleh membantu dalam menjayakan sesuatu program yang melibatkan pelajar dalam bidang pendidikan seni visual.

Saluran yang sesuai untuk individu, institusi dan organisasi tersebut untuk membantu ialah melalui Persatuan Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah dengan  diberi penjenamaan semula sebagai ‘Artgeng’

Artgeng telah bermula di SK Taman Universiti 1 dengan sokongan dari Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor. Aktiviti Artgeng berskala kecil telah dilaksanakan oleh murid-murid SK Taman Universiti 1 pada tahun ini. Antaranya Demo Seni Artgeng di UMall pada Februari 2011, Bengkel jual Ilmu Seni Artgeng di Perpustakaan Sultanah Zanariah pada April 2011, Bengkel Jual Ilmu Seni Artgeng  di Perpustakaan Awam Johor Bahru pada bulan Mei 2011.

Susulan dari itu, Zon Artgeng @ UMall 2011 yang akan diadakan pada 9 Julai dan 10 Julai 2011 adalah merupakan satu karnival seni visual  yang akan mengenengahkan konsep perkongsian ilmu pendidikan seni visual kepada pelajar daripada pengiat seni tampak, institusi pendidikan tinggi berkaitan seni tampak dan Persatuan pelukis negeri.

Pengiat seni tampak yang terlibat adalah terdiri dari pelukis, pengarca, pelukis potret dan karikatur yang datang dari dalam dan luar negeri Johor. Institusi pendidikan tinggi yang terlibat pula ialah dari Politeknik Pasir Gudang Johor, Politeknik Seberang Perai Pulau pinang, Falkuti Seni Bina Universiti Teknologi Malaysia. Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor (SERUPA) bertindak sebagai mentor kepada Artgeng Sk.Taman Universiti 1 dalam menjayakan karnival ini.


TUJUAN

·        Memanfaatkan kekuatan-kekuatan luar seperti individu, persatuan, institusi yang berkaitan seni visual untuk manfaat pelajar.
·        Mengumpul pengiat seni di Malaysia untuk berkongsi ilmu seni visual dengan pelajar dan masyarakat melalui pameran dan demontrasi seni mengikuti disiplin atau isme masing-masing.
·        Membawa institusi-institusi pendidikan tinggi yang berkaitan seni visual untuk mempromosikan maklumat dan kursus-kursus seni visual yang ditawarkan di IPT kepada pelajar-pelajar sekolah.

PENGANJUR BERSAMA

·        Persatuan Pendidikan Seni Visual ‘Artgeng’ SK Taman Universiti 1
·        Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor (SERUPA)
·        Pasaraya UMall, Skudai, Johor Bahru.

KERJASAMA

·        Kumpulan pengiat Seni Artgeng
·        Politeknik Pasir Gudang, Johor
·        Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
·        Fakulti Seni Bina (KALAM) Universiti Teknologi Malaysia.


URUSETIA

Persatuan Pendidikan Seni Visual ‘Artgeng’
SK Taman Universiti 1

Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor ( SERUPA)


KONSEP

Zon Artgeng ini memanfaatkan kekuatan-kekuatan yang ada di luar untuk membantu perkembangan pembelajaran murid dalam bidang seni visual.

·         Memanfaatkan setiap individu yang telah berkerja dalam pelbagai bidang kreatif seperti pelukis, pengarca, pereka fesyen, pereka grafik, kurator galeri, pensyarah-pensyarah seni, guru-guru seni dan sebagainya utuk membantu perkembangan murid dalam pendidikan seni visual melalui demontrasi dan interasi bersama.

·         Institusi-institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus seni visual dan pendidikan seni visual seperti UTM, UITM, UNIMAS, USM, IPGM, Politeknik dan sebagainya juga boleh membantu menyalurkan maklumat pendidikan berkaitan seni visual.

·         Persatuan pelukis setiap negeri  dan Gabungan Angkatan Pelukis SeMalaysia (GAP) juga boleh membantu dalam mengatur program yang lebih tersusun.

·         Saluran yang sesuai untuk individu, institusi dan organisasi tersebut untuk membantu ialah melalui Persatuan Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah dengan  diberi penjenamaan semula sebagai ‘Artgeng’

TARIKH DAN TEMPAT
·        TARIKH

9 Julai 2011 dan 10 Julai 2011 (10 pagi hingga 10 malam )

·        TEMPAT

Pasaraya UMall, Taman Pulai Utama, Skudai, Johor Bahru.

PELAKSANAAN

·        PELANCARAN

Tarikh
9 Julai 2011 (Sabtu)
Masa
11.00 -12.00 tgh
Tempat
Pasaraya UMall Taman Pulai Utama, Johor Bahru

Perasmi

YB Dato’ Hj Abd Aziz Sapian,
ADUN Nusajaya
·        AKTIVITI
o   Demontrasi Seni dan Pameran Pelukis
§  9 Julai 2011 
·         Masa :  10 pagi hingga 10 malam
§  10 Julai 2011
·         Masa  : 10 pagi hingga 6.00 ptg

bil
Nama Pelukis
Negeri/ institusi
catatan
1.
Munif Muhd Nor
Pahang
Water colour,  akrilik, media campuran, potret.
2.
Hasren Hj Ismail (UNEH)
Kuala Lumpur
pensil warna
3.
Hisham Salmin
Kuala Lumpur
Water colour
4.
Fai Zakaria
Kuala Lumpur
Akrilik, pereka hiasan dalaman
5
Ishak Salehuddin
Kuala Lumpur
Water colour
6
Suhaila Basar
Politeknik Pasir Gudang
Batik
7
Mohd. Zull Ihsan Mohd Musli
Politeknik Pasir Gudang
Arca
8
Khatijah Md. Saad
Politeknik Pasir Gudang

9
Mohd. Hamdan Mohd Shah
Politeknik Pasir Gudang

10
Nor Rofizah Johari
Politeknik Pasir Gudang

11
Noorhati Abdul Kadir
Politeknik Pasir Gudang

12
MD Noor Bidin
Johor
Water colour
13
Yahya Muhammad
Johor
Water colour, potret
14
Muhd Nor Rahman
Johor
Poster colour
15
Ashok Kumar
Johor
Akrilik
16
Ramzan
Johor
Potret
17
Omar
Johor
Batik
18
Nasir Suraimi
Johor
Media campuran

19
Fakulti Seni Bina (KALAM)
Universiti Teknologi Malaysia
 Seni bina
20
Norazlan Ahmad
Johor
Relief painting
21
Abdul Majid Yahya
Johor
Arca kayu
22
Abdul Rashid
Johor
Batik







o   Bengkel  Jual Ilmu Seni Artgeng
§  9 Julai 2011 
·         Masa :  10 pagi hingga 6 petang
§  10 Julai 2011
·         Masa  : 10 pagi hingga 6.00 ptg
§  Bengkel ini akan dilaksanakan oleh murid dari persatuan pendidikan seni ‘artgeng’ SK Taman Universiti 1

bil
Aktiviti
1.
Membentuk dan membina pelekat peti ais menggunakan teknik acuan plastisin dan plaster
2.
Membentuk dan membina papan tanda menggunakan teknik acuan plastisin dan plaster
3.
Membentuk dan membina gelang  menggunakan tiub getah dan perca kain
4.
Membuat anyaman kelarai
5
Membuat tenunan mudah
6
Membuat penanda buku batik tulis


o   Bicara Seni
§  9 Julai 2011 
·         Masa :  10 pagi hingga 6 petang

Bil
Penyampai
Jawatan / institusi
 Tajuk
1
Sanip Lasman

Pengerusi Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor
‘ART IN ACTION’
2
Munif Muhd Nor
Pelukis
SENIKA Pahang
Pengalaman pelukis dan penerokaan media baru dalam bidang seni visual
3
Suhaila Basar
Pensyarah
Jabatan Rekabentuk & komunikasi Visual Politeknik Pasir Gudang, Johor
Kursus-kursus  berkaitan seni  yang ditawarkan di politeknik.
4
Fawazul Khir Ibrahim
Pensyarah
Fakulti Seni Bina Universiti Teknologi Malaysia
Seni Bina Tradisional Melayu


o   Pertandingan Panitia Seni Visual Zon Skudai
§  9 Julai 2011 
·         Masa :  9 pagi hingga 1 petang
§  Peserta Pertandingan
·         Pelajar-pelajar sekolah zon Skudai

Bil
Aktiviti
peserta
 Catatan
1
Tahap 1 ( individu )
Pertandingan Membuat Gurisan Nilai Murni

Seramai 48 orang pelajar  tahap 1 sekolah zon Skudai
Masa : 9.30 pagi hingga 
             12.30.

2
Tahap 2 ( kumpulan 2 orang )
Pertandingan Membuat Gurisan Nilai Murni

Seramai 48 orang pelajar  tahap 1 sekolah zon Skudai
Masa : 9.30 pagi hingga 
             12.30.




PENUTUP
Penganjuran Karnival Zon Artgeng ini adalah satu langkah berterusan untuk memperkembangkan kecerdasan  visual /spatial pelajar ke arah melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteliktual pelajar.  Diharapkan penganjuran karnival ini akan memangkin perkembangan pendidikan seni visual peringkat sekolah khususnya dan negara amnya. Semoga karnival ini boleh menjadi titik permulaan kerjasama persatuan pendidikan seni sekolah dengan individu, institusi, persatuan berkaitan seni visual supaya hasrat kerajaan untuk melahirkan individu kreatif dan inovatif lebih berjaya.

Oleh:
NORAZLAN AHMAD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails