Pages

Sunday, February 8, 2009

Hari ini ke HutanBandar

Komunititi Pelukis Hutanbandar (komunitipelukishutanbandar.blogspot.com) ini saya tubuhkan atas dasar mahu menyemarakkan lagi kegiatan seni lukis di Johor, Khasnya Johor Bahru.

  • 6.50 pagi hari ini saya dah bergerak ke Hutanbandar. Sampai-sampai jam 7.00 pagi. Ramai juga orang dah ada kat Hutanbandar.

  • Terdengar alunan lagu rancak. Rupanya ada yang buat senam robik poco-poco (entahlah ejaannya ). Ada Melayu, Cina dan India. Semuanya menggerakkan tubuhnya dengan rancak. Harmoninya Malaysiaku.
  • Bersiap-siap kemas tempat untuk buat demo. Hari ni saya nak buat semi abstrak rupadiawan:klang kio_pencarian Versi cat minyak.
  • Hari ini kira-kira ada seramai 5 orang pelukis termasuk saya. Pelukis yang Hadir ialah Abang Mohd Noor Bidin, Abang Mohd. Noor Rahman, Abang Yahya Muhammad, Abang Ade Zul dan saya ler.
  • Lewat sedikit Cikgu Hariri juga datang menjengah.


  • Sebenarnya tahun ni tahun kedua komuniti pelukis hutan bandar ini bergerak. Kami bergerak perlahan-lahan.

2 comments:

  1. salam, saya duduk JB, tak tau pulak ada aktiviti seni kat hutan bandar. boleh tak tengok sikit mana-mana hasil seni tu utk diletak dlm blog?

    ReplyDelete
  2. Saudara Mutakalim. Jika saudara berminat tentang aktiviti pelukis di hutan bandar, saudara boleh lihat di komunitipelukishutanbandar.blogspot.com

    ReplyDelete