Friday, February 13, 2009

Seni jiwa raga ku

Bila bekerja, keghairahan itu perlu ada. Tiada keghairahan, kerja-kerja dilakukan dengan lesu.

Saya seorang guru sekolah rendah. Sebagai guru, serba serbi perlu dilakukan. Tiada senarai tugas yang tetap. Kalau doktor, mengubatlah kerjanya. Kalau kontraktor bangunan, membina bangunanlah kerjanya. Tentu ada yang mengatakan kalau guru, mengajarlah kerjanya. Ianya tidak semudah itu.

Biar apa pun tugas yang diarahkan saya akan lakukan dengan niat mahu melakukannya dengan usaha yang terbaik. Namun satu sahaja yang boleh merosakkan jiwa dan semangat saya iaitu kelas seni visual saya diusik. Mengajar seni adalah jiwa saya, keseronokan saya, keghairahan saya. Jika tidak diberi peluang untuk mengajar seni maka hilanglah jiwa, keseronokan dan keghairahan saya bekerja.

Tahun baru ni saya mulakan dengan tugas baru, iaitu sebagai ketua guru disiplin sekolah. Mengeluh jiwa saya. Saya sangat rapat dengan murid-murid terutamanya di dalam kelas seni dan aktiviti Pengakap.Apabila menjadi guru disiplin watak saya sangat berubah. saya menjadi seorang guru yang sangat tegas. Tugas dan peranan sebagai ketua guru disiplin menuntut saya berperawakan sedemikian. Merana jiwa saya.

Namun guru adalah seorang pembawa watak yang baik. Saya hanya perlu memainkan watak saya dengan baik.

Hanya di kelas-kelas seni yang saya ajar, hubungan saya dengan murid menjadi seimbang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails