Tuesday, March 24, 2009

Tawaran Jadi Jurulatih Utama Pendidikan Seni Visual

Hari ni saya dapat panggilan telefon dari penyelia PSV di Jabatan Pelajaran Johor, En. Isa. En. Isa minta saya menjadi Jurulatih Utama (JU) Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah untuk daerah Johor Bahru.

Entahlah, rasanya macam tak nak. Bukan apa, rasanya saya dah agak sibuk. Sekarang ni pun tengah sibuk sambung belajar. Mana ada masa. Jangan sampai nak berkarya pun tak sempat sudahlah. Rasa kesian pada orang umah dan anak-anak pun ada juga. Masa cuti sekolah dahlah saya kena pergi sambung belajar. Hari Minggu ke Hutan Bandar pula untuk aktiviti seni. Agaknya nanti bila dah jadi JU ni kena pula keluar untuk kursus dan sebagainya berhari-hari. Alahai....

Saya pun tak tahu menahu tentang peranan JU ni. Masih samar-samar lagi. Lagipun saya ni bukan bagus pun. Alahai macamanalah boleh terpilih jadi JU ni.

2 comments:

  1. Assalammualaikum, saudara Norazlan Ahmad, saya trlihat artikel saudara di dalam blog saudara dan saya difaham saudara dilantik sebagai Jurulatih Utama (JU)daerah. Saya ucapkan tahniah kepada saudara.

    Boleh tak saudara dapatkan sedikit sebanyak perihal tentang JU ni. Saya nak tahu mengenai pengertian JU itu sendiri, sejarah awalnya dan kenapa wujudnya JU ini ya.

    ReplyDelete
  2. saudara Anonymous, saya pun belum lagi menjalankan peranan sebagai JU ni. sebagaimana yang dimaklumkan yang saya pun kurang tahu tentang peranan JU ni. Cuma nanti mungkin saya akan dipanggil untuk kursus JU ni. nanti bila saya dapat maklumat tentangnya saya akan buat entri tentangnya di sini. terima kasih kerana menjengah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails