Friday, November 20, 2009

Tugas Pertama Sebagai Jurulatih Utama Pend. Seni Visual

Pada 16/11/09 hingga 18/11/09 saya telah menjalankan tugas pertama saya sebagai jurulatih utama di kursus enjoy learning untuk ketua-ketua panitia pendidikan seni negeri Johor. Tugas saya dalam kursus tersebut ialah memberi maklumat kepada peserta kursus berkaitan dengan pengajaran menggunakan ict.

Pada peringkat awalnya saya diarahkan untuk membuat modul menggambar dan membuat corak menggunakan microsoft word. Tetapi saya fikir ms word tu mesti semua orang dah tahu. Oleh itu saya mencari software lain yang percuma, baru dan sesuai digunakan untuk murid sekolah rendah.

Kebetulan saya terlibat sebagai penyelaras projek inovasi pendidikan kerjasama sekolah dengan UTM atas tajaan MOSTI. Sebenarnya untuk projek tersebut saya telah menyiapkan modul inovasi pnp kemahiran hidup. namun begitu saya tetap memperuntukkan kajian saya untuk PSV.

Kebetulan pula saya menemui google sketchup yang fungsinya seperti AUTOCAD. saya uji dulu pada murid saya dari tahun 3 hingga tahun 6 dan saya dapati mereka boleh menggunakannya dengan baik.

Berdasarkan ujian tersebut saya membuat keputusan untuk menggunakan sketchup sebagai modul bengkel yang telah diakan di bandar tenggara tersebut.

Alhamdulillah walaupun masa yang diperuntukkan kepada saya untuk menyampaikan sketchup kepada ketua-ketua panitia negeri johor tersebut kurang dari dua jam, namun respon yang saya perolehi sangat baik. Oleh itu saya harap bekalan installer sketchup yang saya berikan kepada mereka itu akan mereka install di makmal komputer mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails