entah kawan cakap
kekadang putih
ermm mungkin hitam
diberitahu orang merah
katanya
atuk cakap kuning pula
argh......
pakcik cakap dulu hijau
semalam macam unggu
kata makcik pula
aduh pening
emak cakap
cuba tengok betul-betul
abah cakap
kena tengok sendiri
kaji, selidik dulu
kumpul maklumat
kemudian fikir
beri jawapan
dan doa
semoga ianya betul dan tepat
jika masih keliru
rujuk Al Quran, Hadis dan sunnah
kata abah lagi
jangan putus asa
fikir lagi dan ingat
hanya Allah maha mengetahui
kekadang mata keliru melihat
ReplyDeletebukan sebab kabur
tetapi sebab melihat dari sudut pandangan sendiri
kekadang orang beritahu tapi masih keliru kerana banyak sangat jawapan berbeza.
persepsi setiap orang sememangnya berlainan
namun kita diberi akal fikiran untuk berfikir
kekadang sesat juga
sebab itu pernah rujuk kembali kepada yang hakiki kebenarannya. Al Quran, Hadis dan sunnah