Tuesday, December 30, 2008

30/12/2008

Cuti kali agak pendek buat aku. Walaupun kalau ikut jumlahnya memang panjang. Dari 17/11/08 hingga 4/12/08. Kira-kira lebih 7 minggu cuti persekolahan hujung tahun ni.

Tetapi 5 minggu darinya aku habiskan kat Institut Pendidikan Guru Kampus Cawangan Tun Hussein Onn di Batu Pahat untuk mengikuti program pensiswazahan. Aku ambil major Pendidikan Seni. 5 minggu dari 17/11/08-19/12/08. Lepak juga setiap Jumaat aku balik JB. Anak bini kena ingat juga. Kursus ni selama 4 tahun pada setiap cuti sekolah. Kira-kira tahun 2012 barulah aku akan bergelar guru bersiswazah. Insyaalah

20/12 aku ke Terengganu. Bercuti Kat rumah mentua aku di Kuala Terengganu. 25/12/08 balik Johor. Bila bergerak dengan bebudak, aku agak berhati-hati juga. Lambat. Bertolak pukul 3 petang sampai Segamat pukul 11 malam. Tidur di rumah adik aku Izam kat segamatlah. Pagi Jumaat 26/11/08 bertolak ke JB. Sampai JB, sempatlah solat Jumaat. Petang tu aku ke Galeri Seni Johor ambil lukisan aku. Lukisan-lukisan tu aku nak pamerkan untuk Preview#2:Seni@HutanBandar.

Sampai di HutanBandar Ilshah dah menunggu. Kami buat kerja-kerja persiapan memasang panel, susun skrin dan sebagainya. dari jam 4 petang kami di HutanBandar sedar-sedar dah pukul 10 malam. Aku telefon beberapa orang pelukis untuk memastikan penyertaan mereka. Malangnya Cikgu Nasir tidak dapat hadir, ada hal peribadi katanya. ralat juga dia. Cikgu Hariri kat KL, nampaknya Cikgu Hariri hanya akan datang pada hari Ahad.

Penat nak cerita segalanya di sini. Apa-apa hal rujuklah komunitipelukishutanbandar.blogspot.com untuk cerita Preview#2:Seni@HutanBandar.

Sebenarnya nak catat kat sini tentang apa yang berlaku hari ini.

AKU KENA PERGI MESYUARAT SEKOLAH HARI NI

Kesimpulannya hari ni aku dapat tugas berikut.

  • Ketua Guru Disiplin- jawatan baru yang aku terima sebab ketua guru disiplin sebelum ni dah naik pangkat GPK kat sekolah lain. Aku tak suka sebenarnya sebab aku lebih senang menunjukkan wajah yang mesra dan tidak terlalu tegas. Namun guru adalah pemain watak yang handal.
  • Ketua Panatia Pendidikan Seni Visual- GB ada juga tawarkan supaya aku lepaskan jawatan ni namun inilah jiwa aku. Sudah 8 tahun aku pegang jawatan ni. GB kata aku dah jatuh cinta pada seni tampak dan Pengakap. yalah tu.
  • Ketua Program Pendidikan Alam Sekitar- Jawatan ni pun dah lama aku pegang. Namun aku bukan suka sangat. Tapi aku ialah 'yang menurut perintah'
  • Ketua Rumah Sukan- Rumah Pahlawan. Aku ni bukan mat sport, namun aku perlu juga jadi mat sport. Aku kan cikgu. hah...hah...alahai....
Malas aku nak senarai jawatan yang kecil-kecil yang lain yang aku terima. Yang aku catat kat sini pun dah macam aku gila kuasa.

APA-APALAH AKU NI

Antara tugas besar aku

  • Keluarga aku
  • Projek Inovasi Pendidikan aku dengan UTM- projek nih juta-juta juga
  • Projek Komuniti Pelukis HutanBandar
  • Program pensiswazahan yang aku ikuti kat IPG Kampus Tun Hussein Onn
  • Projek ISI ALAM SENI- nantilah aku cerita
  • Ketua Guru Disiplin- Aku amat pandang penting
  • Ketua Panatia Pendidikan Seni Visual - program pameran untuk bebudak
  • Karya-karya reliefpainting aku
  • Karya-karya rupadiawan aku
  • Karya-karya realist aku

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails