Wednesday, June 10, 2009

Ralat yang perlu dibaiki

Saya sudah emailkan kepada pihak terbabit untuk membuat ralat. Malangnya tiada tindakan yang diambil. Malah email saya juga tidak di balas.

Saya sangat menghargai apabila wartawan terbabit sudi menyiarkan artikel berkaitan karya saya. Malangnya terdapat kesilapan fakta telah ditulis.

Pada saya setiap kesilapan perlu dibetulkan. Oleh itu saya menyiarkan kembali email yang saya hantar tersebut untuk membetulkan keadaan dan salah faham.

Untuk Perhatian Hasnidarwina Hasim
(Ilham III memukau 5/6/09)
Sabtu, 6 Jun, 2009 13:53


Daripada:
"relief_painting@yahoo.com.my"
Tambah Pengirim pada Kenalan
Kepada:
bbsastera@nstp.com.my

Assalamualaikum

Butiran diri saya untuk rujukan
Nama: Norazlan Ahmad
Karya : Khlangkeo_Pencarian 2
Blog : rupadiawan.blogspot.com (kajian karya khlangkeo)
: norazlanahmad.blogspot.com (blog catatan bibliografi)

Pertamanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana menyiarkan petikan tentang karya saya sempena pameran Ilham III di Pelita Hati.

Sangat bertuah saya kerana mendapat perhatian saudari terhadap karya untuk dipaparkan di dada akhbar dalam ruangan sastera keluaran Jumaat 5/6/09.

Namun beberapa kesilapan yang saya sangat harapkan supaya saudari perbetulkan kerana kesilapan tersebut sangat besar pengaruhnya terhadap saya.

Kenyataan saudari dalam rencana tersebut adalah seperti berikut:
Norazlan Ahmad yang tampil dengan karya menarik lewat sentuhan bersahaja, khlangkio-Pencarian 2, menerangkan Sejarah Melayu karya Tun seri Lanang yang menceritakan kewujudan kota yang didirikan daripada batu yang ada di Sungai Melayu, Melaka.(perlu diperbetulkan kepada kota batu hitam yang wujud di hulu sungai Johor)

" Saya tidak dapat pastikan sama ada cerita itu benar atau tidak, tetapi ada sesetengah pihak yang mengaku kononnya pernah terjumpa kota terbabit di Batu Hitam pada awal 1930-an. Saya hanya mengambil ilham daripada kisah terbabit,' jelasnya yang baru pertama kali mencuba seni arca.
(perlu diperbetulkan kepada terjumpa kota batu hitam yang mempunyai lubang seakan pintu dan tingkap.
Saya telah lama menghasilkan karya seni sebegini yang lebih tepat disebut sebagai catan relief. Penerokaan kajian saya bermula dari tahun 2002.
Penampilan pertama saya ialah di pameran Citra Terengganu di Muzium Negeri Terengganu tahun 2005.
Malah karya saya pernah di pamerkan di Balai Seni Lukis semasa Pameran Landskap Malaysia 2006. 2007 beberapa pameran di Johor. 2008 pameran terbuka Galeri Shah Alam. )

Apakah kesannya penyataan yang saudari paparkan,

1. Saya akan kelihatan seperti pelukis yang tidak membuat kajian sebelum membuat sesuatu karya terutamanya karya ini melibatkan sejarah dan arkeologi.

2. Tentunya ahli sejarah akan menganggap yang saya memberi maklumat yang salah dan tidak tepat apabila membicarakannya tentang petikan yang saya ambil daripada manuskrip lama Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang.

Besarlah harapan saya supaya saudari dapat membetulkan penyataan yang salah tersebut. Segala jasa baik saudari saya dahului dengan ucapan terima kasih

norazlan ahmad.

rupadiawan.blogsppot.com
reliefpainting.blogspot.com
norazlanahmad.blogspot.com
komunitipelukishutanbandar.blogspot.com

1 comment:

  1. Bagus , pelukis harus berani membetulkan fakta...apalagi kalau merujuk kepada teks tertentu. Terus maju menghiduokan laman seni di mana ya. Terimakasih bergabung dengan senirupasiti. sampai jumpa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails