Isteri saya orang Terengganu. Jadi tahun baru cina ni saya balik Terengganulah bercuti. Mentua saya ni duduk kat seberang takir.
Hari pertama sampai dah malam, tak ada apa yang boleh dibuat. namun dalam perjalanan sempat juga berjumpa dengan saudara ghazali batik di Balok Kuantan, pahang. singgah kat pusat pelancongannya. Besar juga tempatnya. Sebenarnya jumpa dia sebab saya nak cari sarang batik terap terpakai. Dia tak ada. Namun dia beri nombor seorang pembuat sarang batik terap di Kota Bharu Kelantan. Saya telefon saudara Ghani pembuat sarang batik terap tu. malangnya dia tiada yang lama.
Bagus abang Zali ni. Tak kedekut ilmu dan senang berurusan dengannya. Saya doakan dia sentiasa berjaya dalam segala kerja buatnya. Amin.
Hari kedua, saya ke Pasar Payang berjumpa dengan Pakcik Wan Mokthar, penjual batik. Melaluinya saya dapatlah beberapa nama pengusaha batik. Antaranya Batik Ratna Wan Ismail di Ladang dan dimaklumkan juga terdapat pengusaha batik di Seberang Takir, tidak jauh dari rumah mentua saya.
Pagi tu juga saya ke kilang batik Wan Ismail. Tuan punyanya tiada. Pekerjanya menunjukkan sarang batik yang sudah tidak digunakan lagi. Memang banyak, termasuklah yang hampir reput. saya dapat kad anak Wan Ismail. Wan Mahadi namanya. Cuba hubungi tak dapat. Susah juga nak cari sarang batik terap ni.
Kemudian saya ke rumah pakcik isteri saya di Durian Burung, Kuala Terengganu. Pakcik ni dulu buat juga batik. Saya cakap nak beli sarang batik terapnya. Malangnya dia tak jual. Simpan untuk kenangan katanya.
Petang tu Wan Mahadi hubungi saya dan buat temu janji jam 5.00 petang. Saya sampai di kilangnya tepat jam 5.00 petang. Wan Mahadi tiada lagi. Tidak lama kemudian dia sampai. Kelihatan seperti menyesal buat temu janji dengan saya. Agak bengkeng juga orangnya. Acuh tak acuh saja melayan saya. Saya bersabar.
Saya katakan saya nak membeli sarang batik terap terpakai. Katanya, tak dapat, harganya mahal, RM300 satu. Dengan nada sinis dia berkata. Namun di tunjukkan dua sarang baru yang coraknya sangatlah tidak menarik. Dia tawarkan harga RM120 satu. Saya membeleknya dan terasa tidak ingin membelinya bukan sebab harga tetapi sebab coraknya yang tidak menarik dan tidak sesuai untuk projek yang saya nak buat.
Ketika saya membelek, tiba-tiba dia tunjukkan dua sarang batik terap terpakai . Satu dia kata RM100 dan satu lagi kelihatan dah patah RM60. Saya setuju hendak membelinya dan dia naikkan harga yang patah tu kepada harga RM80. Kelihatan agak terdesak saya membelinya. Sememangnya dah lama saya mencari sarang batik blok untuk projek saya yang tergendala tu.
Keesokkan paginya saya ke Seberang takir. Jumpa kilang Batik. bercakap dengan anak perempuan pengusaha batik tu. Katanya tiada. Hampa. Saya tawarkan kehampaan hati saya dengan mengambil gambar di sekitaran tempat tu. Sangat cantik pemandangannya. Nanti saya upload gambarnya.
Ketika saya mengambil gambar tu, saya terpandang seseorang sedang membuat batik terap. Saya masuk dan berjumpa dengannya. Adi namanya. Saya bertanya dengannya ada tak sarang batik yang tidak guna. Alhamdulillah, katanya ada dan bos dia memang ada menjualnya. Perusahaan batik ni di miliki oleh Wan Azhar. Kini diurus oleh anaknya Mamat setelah ayahnya itu meninggal dunia.
Saya tunggu Mamat. Memang benar Mamat menjualnya. memang ada rezeki saya. banyak betul sarang terpakai. Rambang mata saya dibuatnya. Saya membeli sebanyak 50 sarang pelbagai corak. Puas hati. Mamat dan pekerjanya sangat bermurah hati ditambahnya lagi bilangan sarang yang saya beli secara percuma. Kebaikan dan kemurahan hati mereka itu akan saya kenang selamanya. Saya doakan semoga mereka dimurahkan rezeki dan dimudahkan kehidupan mereka. Amin.
Untuk projek ni saya akan upload kat reliefpainting.blogspot.com dalam label batik relief ( tunggu......)
salam ziarah, saya peminat seni jugek. mujur dpt jumpa blog nih, dpt le nengok2 apa2 yg patut. yg nak di upload tu tentu menarik kan. saya tungguuu....
ReplyDeleteterima kasih saudara mutakim kerana sudi ziarah blog ni. mungkin agak lambat juga karya tu saya dapat siapkan. maklumlah bahannya iaitu kayuliat tu belum tersedia lagi.harap saudara dapat bersabarlah yer...
ReplyDeletesatu usaha yang baik dan teruskan perjuangan untuk melihat dunia ini diwarnai dengan seni demi tatapan generasi yang sedang kehausan nilai seni yang kian hilang. Salam dari IdrisHashimSaleh dan kak zan serta anak-anak dari Terengganu
ReplyDelete