Saturday, August 29, 2009

Pameran tampannya budi, Balai Seni Lukis Negara



Karya ni saya hantar ke Balai Seni Lukis Negara sempena Pameran Tampannya Budi, anjuran bersama ATMA, UKM

Tajuknya : Kuman seberang laut nampak. Gajah depan mata tak nampak...

Masa hantar gambar pada Prof. Madya Salma, dalam telefon bertanya " mana gajahnya"... hik..hik.. ada gajah tu kat situ... cuma ikan melambangkan laut tu yang menganggu subjek gajah yang besar seperti lautan itu.

Saturday, August 1, 2009

MYartgengSPACE (artgeng.ning.com)

portal ni saya buat hari ini untuk anak-anak murid saya yang minat dengan seni. Tapi dia orang ni tak boleh sebarang nak join portal nih. ada syarat-syaratnya juga. Selain itu daripada dia orang melayari myspace, friendster atau sebagainya baik dia orang join MYartgengSPACE ni. Selain itu MYartgengSPACE ni juga menjadi satu medium untuk saya mendekati mereka sebagai guru seni dan juga sebagai guru disiplin.

Ramai dah yang beria nak jadi ahli artgeng ni. setakat ni dia orang tak tau lagi tentang portal MYartgengSPACE nih. Dia orang setakat tahu artgeng.blogspot.com tu jer.

kelmarin guru kaunseling maklumkan kepada saya ada dua orang murid mengaku dan bertekad berhenti merokok sebab nak jadi artgeng.

Sememangnya saya dah beri syarat kat dia orang kalau nak jadi artgeng kena ada beberapa ciri pada diri dia orang. kalau tak ada ciri-ciri tu, dia orang tak boleh jadi artgeng.

antara ciri-ciri artgeng ialah;

  1. peka pada arahan.
  2. patuh pada undang-undang.
  3. biar pandai, jangan memandai-mandai
  4. pentingkan pelajaran
  5. setiakawan
  6. berfikir dulu sebelum bertindak

Visit MYartgeng SPACE

serupasenimanjohor.ning.com

semalam saya buat portal untuk persatuan seni lukis & reka cipta (serupa). portal ini untuk semua pelukis yang lahir di Johor, atau yang menetap di Johor atau berumahtangga dengan orang Johor. Kirakan asal ada sangkut paut dengan Johor, bolehlah join portal ni.


Visit SERUPA

Friday, July 24, 2009

Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor (SERUPA)

Pada hari selasa yang lalu saya telah menghadiri mesyuarat Persatuan SERUPA. Akhirnya saya dilantik menjadi setiausaha 2 persatuan tersebut. Tambah satu lagi peranan.

Apa-apa pun yang penting kita buat kerja untuk manusia kerana Allah. Susah sebenarnya berpersatuan nih. Namun sayanglah jika persatuan SERUPA yang telah berdaftar ini terkubur begitu sahaja.

Buat kerja jangan tak buat kerja.

Tugas pertama, sekarang ni saya sedang membina dan akan terus menyelenggara blog persatuan iaitu; serupasenimanjohor.blogspot.com.

Kalau senang singgah ler kat blogspot tu. Tak ada apa lagi, masih banyak lagi yang perlu di isi. Tak apalah, pelan-pelan. yang penting ada usaha. Ini pun kerja tak berbayar, kerja berbayar (cikgu) tu kenalah lebih diutamakan.

Friday, July 17, 2009

Projek dengan Kraftangan Johor


Baru dapat panggilan dari kakitangan Kraftangan Malaysia cawangan Johor.

Ada 2 aktiviti yang ditawarkan;

  1. Kraftangan memberi peluang percuma kepada murid sekolah saya seramai 30 orang untuk aktiviti mewarna batik di Jusco Tebrau pada 22hb Julai ni (Rabu minggu depan).
  2. Kraftangan juga memberi tawaran aktiviti mewarna seramik. Aktiviti ini akan dilaksanakan di sekolah. Tarikhnya terpulang kepada saya. Nantilah saya fikirkan. rasanya mungkin pada 30/9/09, beberapa hari selepas raya.
Kena buat kertas kerja ni.

Pelukis-pelukis yang terlibat dalam menjayakan Saturday night event UTM

Pelukis-pelukis yang terlibat dalam menjayakan Saturday night event UTM

Friday, July 10, 2009

SATURDAY NIGHT EVENT UTM



Hari : Sabtu ( 11.07.09 )
Waktu : 10.00am hingga 11.00pm
Tempat : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Komuniti Pelukis Hutan Bandar dipelawa untuk melibatkan diri dalam ' saturday Night Event' di UTM pada hari Sabtu ini.

Friday, July 3, 2009

Persiapan untuk Gerai seni Hari Terbuka Sekolah

Tarikh : 4 Julai 2009 Sabtu

harap rujuk ler kat artgeng.blogspot.com

Friday, June 19, 2009

Persiapan Lawatan Pengarah Pelajaran Johor

Tuan Pengarah akan datang ke sekolah saya.

Saya kena buat persiapan untuk persembahan 2 projek yang saya bertindak sebagai penyelarasnya.

1. Laman Seni.

2. Projek Technofund UTM

nantilah saya uploadkan gambar dan ceritanya

Mesyuarat kali kedua penubuhan Galeri Seni Merdeka

Hari saya bermesyuarat lagi tentang penubuhan Galeri Seni Merdeka.

nantilah saya upload gambar dan bercerita tentangnya.

agak sibuk sekarang ni

Wednesday, June 10, 2009

Ralat yang perlu dibaiki

Saya sudah emailkan kepada pihak terbabit untuk membuat ralat. Malangnya tiada tindakan yang diambil. Malah email saya juga tidak di balas.

Saya sangat menghargai apabila wartawan terbabit sudi menyiarkan artikel berkaitan karya saya. Malangnya terdapat kesilapan fakta telah ditulis.

Pada saya setiap kesilapan perlu dibetulkan. Oleh itu saya menyiarkan kembali email yang saya hantar tersebut untuk membetulkan keadaan dan salah faham.

Untuk Perhatian Hasnidarwina Hasim
(Ilham III memukau 5/6/09)
Sabtu, 6 Jun, 2009 13:53


Daripada:
"relief_painting@yahoo.com.my"
Tambah Pengirim pada Kenalan
Kepada:
bbsastera@nstp.com.my

Assalamualaikum

Butiran diri saya untuk rujukan
Nama: Norazlan Ahmad
Karya : Khlangkeo_Pencarian 2
Blog : rupadiawan.blogspot.com (kajian karya khlangkeo)
: norazlanahmad.blogspot.com (blog catatan bibliografi)

Pertamanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana menyiarkan petikan tentang karya saya sempena pameran Ilham III di Pelita Hati.

Sangat bertuah saya kerana mendapat perhatian saudari terhadap karya untuk dipaparkan di dada akhbar dalam ruangan sastera keluaran Jumaat 5/6/09.

Namun beberapa kesilapan yang saya sangat harapkan supaya saudari perbetulkan kerana kesilapan tersebut sangat besar pengaruhnya terhadap saya.

Kenyataan saudari dalam rencana tersebut adalah seperti berikut:
Norazlan Ahmad yang tampil dengan karya menarik lewat sentuhan bersahaja, khlangkio-Pencarian 2, menerangkan Sejarah Melayu karya Tun seri Lanang yang menceritakan kewujudan kota yang didirikan daripada batu yang ada di Sungai Melayu, Melaka.(perlu diperbetulkan kepada kota batu hitam yang wujud di hulu sungai Johor)

" Saya tidak dapat pastikan sama ada cerita itu benar atau tidak, tetapi ada sesetengah pihak yang mengaku kononnya pernah terjumpa kota terbabit di Batu Hitam pada awal 1930-an. Saya hanya mengambil ilham daripada kisah terbabit,' jelasnya yang baru pertama kali mencuba seni arca.
(perlu diperbetulkan kepada terjumpa kota batu hitam yang mempunyai lubang seakan pintu dan tingkap.
Saya telah lama menghasilkan karya seni sebegini yang lebih tepat disebut sebagai catan relief. Penerokaan kajian saya bermula dari tahun 2002.
Penampilan pertama saya ialah di pameran Citra Terengganu di Muzium Negeri Terengganu tahun 2005.
Malah karya saya pernah di pamerkan di Balai Seni Lukis semasa Pameran Landskap Malaysia 2006. 2007 beberapa pameran di Johor. 2008 pameran terbuka Galeri Shah Alam. )

Apakah kesannya penyataan yang saudari paparkan,

1. Saya akan kelihatan seperti pelukis yang tidak membuat kajian sebelum membuat sesuatu karya terutamanya karya ini melibatkan sejarah dan arkeologi.

2. Tentunya ahli sejarah akan menganggap yang saya memberi maklumat yang salah dan tidak tepat apabila membicarakannya tentang petikan yang saya ambil daripada manuskrip lama Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang.

Besarlah harapan saya supaya saudari dapat membetulkan penyataan yang salah tersebut. Segala jasa baik saudari saya dahului dengan ucapan terima kasih

norazlan ahmad.

rupadiawan.blogsppot.com
reliefpainting.blogspot.com
norazlanahmad.blogspot.com
komunitipelukishutanbandar.blogspot.com

Keluar Surat Kabar Berita Harian Jumaat 5/6/09




Galeri: Ilham III memukau
Oleh Hasnidarwina Hasimmailto:Hasimbhsastera@nstp.com.my


Sambutan peminat seni tampak membuktikan pameran terbabit istimewa KEHADIRAN ramai peminat seni tanah air pada Pameran Seni Arca: Ilham III di Galeri Pelita Hati, Bangsar, Kuala Lumpur, membuktikan ada sesuatu istimewa pada 50 karya nukilan 23 pengarca tempatan yang menjayakan program terbabit. Antara karya yang mendapat perhatian pengunjung, Siri Kaki garapan Pensyarah Fakulti Seni & Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Zainuddin Abidinhazir yang menzahirkan keperitan dan kepayahan kaki apabila terjebak dan teraniaya dalam perkara tidak diingini.

"Kaki tidak melakukan kesalahan, tetapi sebenarnya teraniaya malah terjebak dengan perkara tidak diingini. Justeru kaki tidak patut dihukum atas kesalahan terbabit sehingga lahir peribahasa kaki judi, kaki bodek, kaki botol, kaki perempuan dan kaki ekor yang bagaikan menghina kejadian bahagian bawah tubuh manusia," katanya pada wawancara dengan Galeri, selepas pelancaran pameran terbabit, bau-baru ini. Pensyarah Seni Halus, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Razif Rathi yang tampil dengan Mask dan Sphere serta Inside a Sphere, baru pertama kali 'bermain' dengan arca, sengaja memilih teknik sculpture painting menyertai Galeri Pelita Hati sejak 2005. "Saya mengambil masa hampir setahun untuk bereksperimen sebelum berjaya mendapatkan formula bagi menghasilkan arca untuk pameran kali ini. Mask mengambil masa seminggu untuk disiapkan mengisahkan figura potret dengan penekanan kepada keseimbangan bentuk muka manusia ciptaan Maha Pencipta," jelasnya.
Norazlan Ahmad yang tampil dengan karya menarik dengan sentuhan bersahaja, Khlangkio – Pencarian 2, menerangkan Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang yang menceritakan kewujudan kota yang didirikan daripada batu yang ada di hutan di Sungai Melayu, Melaka. "Saya tidak dapat pastikan sama ada cerita itu benar mahupun tidak, tetapi ada sesetengah pihak yang mengaku kononnya pernah terjumpa kota terbabit di Batu Hitam pada awal 1930-an. Saya hanya mengambil ilham daripada kisah terbabit," jelasnya yang juga baru pertama kali mencuba seni arca. Beliau hanya menggunakan tanah liat dan habuk kayu sebagai ramuan bagi menghasilkan semua arcanya yang dipamerkan pada pameran terbabit, enggan mendedahkan teknik mengukir arcanya untuk dikongsi dengan peminat seni kerana menganggap ia sebagai rahsia peribadi.


Senjata Hikmat II karya Mohd Faizal Ramli adalah inspirasi daripada falsafah seni ukiran kayu dan pertukangan Melayu, manakala alam sebagai sumber ilham diadunnya dengan teliti bagi memastikan arcanya bersendikan aturan agama, adat resam dan budaya Melayu.
"Saya juga sengaja meneroka pembuatan jendela dengan menggunakan sistem tanggam bagi memberi kekuatan ikatan kepada arca dengan tumpuan pada panel dinding kembung berusia 140 tahun kerana mahu memastikan ia ada citra alam semula jadi," jelasnya. Pelukis dan pengarca lain yang turut menjayakan pameran kali ini ialah Ahmad Fauzi Amir, Ahmad Noor Rashidi, Azman Ismail, Aznan Omar, Cindy Koh, Mohd Afifee Ibrahim, Mohd Daud Abdul Rahim, Mohd Faizal Ramli, Mohd Razif Rathi, Mohd Roslan, Mohd Shaharuddin Supar, Nor Diana Ibrahim, Norazlan Ahmad, Peter Lagan, Ramlan Abdullah, Romli Mahmud, Rosli Zakaria, Stephen Menon, Suhaidi Razi, Tan Bee Him, Zainon Abdullah, Zakaria Sharif dan Zainuddin Abidinhazir.


INFO Pameran Seni Arca: Ilham III

Lokasi : Galeri Pelita Hati, No 22, Jalan Abdullah off Jalan Bangsar, Kuala Lumpur

Tarikh : 28 Mei hingga 20 Jun 2009

Jumlah : 50 karya

Harga : RM 300 hingga RM 28,000 sebuah

Telefon : 03-22848380

Thursday, May 28, 2009

Pameran Adi Warna 09








Pameran ini di adakan di Pesta Buku di Danga City Mall.
Saya dijemput untuk turut serta dalam pameran ini.
Hari Jumaat 29/5/09 saya bertugas di pameran tersebut. niat nak buat demo kayuliat. entahlah kalau sempat.

Wednesday, May 27, 2009

PEMBINAAN PORTAL SENI JPN JOHOR

26/5/09 Semalam saya tidak dapat datang kerana terkandas dalam perjalanan. Hari ini adalah hari pertama saya berkenalan dengan Jurulatih Utama Seni Johor.

Kereta Rosak







25/5/09 Isnin. Pagi. Dalam perjalanan ke SMK Sultan Abdul Jalil Kluang untuk pembinaan portal seni Jabatan Pelajaran Johor, kereta saya rosak di lebuh raya sebelum tol Kulai.

Bersembang dengan Dato' Jaafar Taib





Ahad 24/5/09 Selesai menghantar karya di Galeri Shah Alam dan Pelita Hati saya dan Cikgu Ali Mustafa berjumpa dengan Dato Jaafar taib yang sedang membuat karya agungnya yang menggunakan teknik titik. titik-titik itu dibuat menggunakan pen bermata .04.

Ke Galeri Pelita Hati





Ahad 24/5/09. Hari yang sama saya menghantar karya ke Galeri Shah Alam, saya menghantar 5 karya saya ke Galeri Pelita Hati untuk Pameran Ilham III yang bermula 28hb. 5. 2009.

Ke Galeri Shah Alam

Ahad bertolak jam 5.00 pagi ke Shah Alam untuk menghantar karya ke Galeri Shah Alam untuk Pameran Terbuka.

Bengkel Pembinaan Modul Projek Technofund UTM

Sabtu 23/4 ke UTM untuk pembinaan modul projek inovasi pendidikan.

Wednesday, May 20, 2009




ILHAM III

A not to be missed art exhibition

Penganjur: Pelita Hati

Jenis: Muzik/Seni - Barang Pameran

Rangkaian:Global

Waktu Mula: pada 30hb Mei 2009 pukul 5.30 ptg

Waktu Tamat: pada 20hb Jun 2009 pukul 6.00 ptg

Lokasi: Pelita Hati House of Art

Jalan: 22, Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar

Bandar/Pekan: Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: 0322848380

Emel:
phati@streamyx.com

Keterangan

ILHAM is a yearly event created and organized by Pelita Hati House of Art. It’s main objective-to provoke the imagination of the general public and in particular art enthusiasts into the world of sculptures.

ILHAM gathers Malaysian sculptors into one solid exhibition of sculptures and also wall relieves. The name ILHAM was given to the first sculpture exhibition by Pelita Hati in 2007.

ILHAM mean ideas and we see this as a very appropriate title for a sculpture exhibition and can be used as a platform to propel the creativities and imagination of Malaysian sculptors.

Our first effort in getting sculptors together for an exhibition in 2007 saw the participation of 5 sculptors.
For the second year-ILHAM II in 2008, 8 sculptors participated.

ILHAM III-our third year in organizing this sculpture exhibition we have a whopping 25 sculptors participating-a record unsurpassed by any private galleries in Malaysia.

Sculptures exhibited will be indoors, outdoors, hanging sculptures and also wall relieves.

Participating sculptors:
with participating sculptors:Norazlan Ahmad, Ahmad Fauzi Amir, Ahmad Noor Rashidi, Azman Ismail, Aznan Omar,Cindy Koh, Diana Ibrahim, Mohd Afifee Ibrahim, Mohd Daud Abdul Rahim,Mohd Faizal Ramli, Mohd Razif Rathi, Mohd Roslan, Mohd Saharuddin Supar, Peter Lagan, Ramlan Abdullah, Romli Mahmud, Rosli Zakaria, Stephen Menon, Suhaidi Razi, Tan Bee Him,Zainon Abdullah, Zakaria Sharif, Zainuddin Abindinhazir.

Thursday, May 14, 2009

Mesyuarat Kali pertama MAG

mesyuarat kali pertama teknikal penubuhan MAG
tarikh : 8/5/07
tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Lanskap MBJB, Hutan Bandar, JB

Hasil :

  1. Persetujuan penubuhan Merdeka Art Gallery (MAG) MBJB di Taman Merdeka, JB.
  2. Penubuhan JawatanKuasa Merdeka Art Gallery
  3. Perancangan-perancangan berkaitan Merdeka Art Gallery




Mesyuarat JK Daerah

mesyuarat kali pertama dengan JKD PSV di SK. Taman Universiti 1

Agenda : pameran PSV di Pesta Buku negeri Johor

Hasil :

  1. Ruang Pameran 2 lot di Danga City Mall.
  2. Tarikh Pameran 27/5/2009 hingga 1/6/2009
  3. masa 10.00 Pagi Hingga 8.00 malam
  4. Aktiviti yang akan diadakan;
  • Pameran hasil karya guru dan murid daerah JB dan P.Gudang.
  • Demontrasi seni oleh guru dan murid.
  • Jualan Karya guru dan murid.



Saturday, April 11, 2009

PAMERAN APRESIASI SENI VISUAL JOHOR ' MATA KE HATI'

Hari ni saya pergi perasmian pameran anjuran Jabatan Pelajaran Johor. Pameran ini memaparkan karya saya dan 46 orang guru sekitar negeri Johor.

Thursday, April 9, 2009

Pameran : MENJUNJUNG KASIH

Lepak juga semalam menganjurkan pameran : MENJUNJUNG KASIH di Hutan Bandar. Pameran ini sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor. Seramai 10 orang pelukis telah terlibat dalam menjayakan pameran ini :

Saya sendiri, Nazir, Mohd Nor Rahman, Ramzan, Ilshah Shahbir, Yahya Mohamed, Omar, Anai dari Batu Pahat & 2 orang pelukis dari Kuala Lumpur iaitu Ri & Ib.

Semalam juga wujud perbincangan antara Komuniti Pelukis Hutan Bandar dan Persatuan Seni Reka dan Rupa Johor ( SERUPA ). Komuniti Pelukis Hutan Bandar diwakili Saya dan juga Ilshah, manakala SERUPA diwakili oleh Pak Sanip dan Fakhrul Zaman. Kami berbincang untuk mewujudkan kerjasama membina satu gagasan yang sama. Pertama kami merancang untuk memohon sebuah galeri dan juga sebuah studio seni. Kebetulan pula Pak Sanip telah menerima peluang dari SUK Johor, Dato’ Haji Abdul Latiff Yusuf menawarkan sebuah bangunan di Taman Merdeka.

Semalam juga dapat kenal sorang lagi member CEO The Balau Nelayan Desaru. Azizi namanya. Azizi ni pelukis juga. Insyaallah semoga ada keserasian antara kami.

Tuesday, April 7, 2009

Persiapan pameran sempena Hari Keputeraan Sultan Johor

Pameran sempena Hari Keputeraan Sultan Johor akan diadakan pada hari Rabu, 8 April 2009 yang menjadi hari cuti umum bagi negeri Johor.Pameran ni merupakan pameran tahunan yang Komuniti Pelukis Hutan Bandar adakan.

Setakat ni dah ada 14 orang pelukis yang dijangka terlibat dalam pameran kali ini. Kebanyakannya adalah pelukis Johor. Namun terdapat juga 2 orang pelukis dari Jalan Conlay, Kuala Lumpur yang telah pun bersetuju untuk melibatkan diri.

Semoga pameran kali ini juga akan berjaya sebagaimana dirancang.

SENARAI PELUKIS YANG DIJANGKA TERLIBAT

  1. NORAZLAN AHMAD
  2. ILSHAH SHAHBIR
  3. ADE ZUL
  4. HISHAM
  5. CIKGU NASIR
  6. OMAR BATIK
  7. EJOT
  8. NAZIR
  9. YAHYA MUHAMMAD
  10. MOHD. NOOR BIDIN
  11. ISMABIB
  12. ROSLI NAIF
  13. MOHD. NOOR RAHMAN
  14. RAMZAN
PELUKIS YANG BERMINAT MASIH LAGI DIPELAWA TERLIBAT.

Saturday, March 28, 2009

KELUAR SURAT KHABAR

SIN CHEW DAILY 21/5/2008
Temubual oleh Low Sock Ken menampilkan 3 orang pelukis daripada Komuniti Pelukis Hutan Bandar iaitu Norazlan Ahmad, Ilshah Shahbir & Yahya Mohamed ketika pameran Jejak Seni pada 26 April 2008 di Hutan Bandar, JB.
13/11/2008 NEW STRAIT TIME ( JOHOR BUZZ)
Temubual dengan wartawan NST, En. Satiman sempena Pameran Pelukis-pelukis Amatur Johor di Galeri Seni Johor
Versi online:
http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Thursday/Stories/20081112201626/Article/printarticle


21/11/2008 NEW SUNDAY TIME (SUNDAY PEOPLE)
Temubual oleh Satiman Jamin menampilkan Norazlan Ahmad.

Versi online :
http://www.nst.com.my/Current_News/SundayPeople/article/Features/20081129204940/Article/index_html

Thursday, March 26, 2009

Pergi ke T6 Kluang

Semalam petang saya di Angsana. Hampir pukul 5.00 petang saya dapat panggilan telefon dari pejabat sekolah. Saya dimaklumkan yang saya perlu ke SMK Bandar Kluang untuk kursus Kemahiran Hidup. Pendaftaran jam 8.00 pagi.

Apalah diorang ni. Pagi semalam tak nak bagi surat kat saya. Ni main telefon-telefon pulak. Pagi ni saya bertolak ke Kluang. Sebelum tu telefon untuk pengesahan. Disebut lagi dewan SMK Bandar Kluang. Ikut lebuh raya turun ikut Simpang Renggam, Renggam terus ke kluang.

Tiba di Kluang melilau mencari SMK Bandar Kluang. Jumpa SK Bandar Lelaki Kluang. Berhenti tanyalah kat pakcik pemandu bas yang kebetulan ada kat situ. Dia kata SMK Bandar tak ada. Ahh sudah... Telefon semula sekolah minta kepastian maklumat. Barulah disebut SMK Bandar T6, kluang.

Keluar dari Kluang cari T6. Menurut orang yang ditanya, T6 ni ikut jalan Tenggara ke Kota Tinggi. Mencarilah saya sampai juga di T6 atau Taman Seri Lambak. Pergilah kat SMK Bandar T6. Diberitahu pula tempatnya bukan di dewan sekolah tetapi di Dewan Kejora.

Dari Jam 7.00 pagi sampai ke Dewan tu jam 9.00 pagi. Sabar jerlah. Sekali lagi sabar, rupa-rupanya kursus tu untuk guru Kemahiran Hidup bukan opsyen. Alahai saya ni memang opsyen Kemahiran Hidup. Yang kena pergi ni apahal....

Itulah Cikgu yang menurut perintah. Sabaaaaaaaar jerlah

Tuesday, March 24, 2009

Tawaran Jadi Jurulatih Utama Pendidikan Seni Visual

Hari ni saya dapat panggilan telefon dari penyelia PSV di Jabatan Pelajaran Johor, En. Isa. En. Isa minta saya menjadi Jurulatih Utama (JU) Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah untuk daerah Johor Bahru.

Entahlah, rasanya macam tak nak. Bukan apa, rasanya saya dah agak sibuk. Sekarang ni pun tengah sibuk sambung belajar. Mana ada masa. Jangan sampai nak berkarya pun tak sempat sudahlah. Rasa kesian pada orang umah dan anak-anak pun ada juga. Masa cuti sekolah dahlah saya kena pergi sambung belajar. Hari Minggu ke Hutan Bandar pula untuk aktiviti seni. Agaknya nanti bila dah jadi JU ni kena pula keluar untuk kursus dan sebagainya berhari-hari. Alahai....

Saya pun tak tahu menahu tentang peranan JU ni. Masih samar-samar lagi. Lagipun saya ni bukan bagus pun. Alahai macamanalah boleh terpilih jadi JU ni.

Monday, March 16, 2009

Kesedaran yang kembali

innasolati, wanushuki, wama yaya, wama mati lillahi rabbil a'lamain

Wednesday, March 11, 2009

Hari ni sibuk

Hari ni saya sangatlah sibuknya.

1. mesyuarat keselamatan sekolah sampai jam 2 ptg. Saya jadi pengerusi unit keselamatan fizikal sekolah. Kena rancang tugas ajk. Cuti ni dia orang kena bertugas dan saya kena rancang tugas diaorang tu. Malangnya masa tu saya sebagai ketua tak ada. Jadi kena tinggalkan wasiat jerlah kat diaorang tu. Saya tak ada sebab cuti ni saya kena ke IPG THO.

2. Pukul 3.30 ptg ke SK Sri Melati jumpa kak Azlidar, bincang tentang tugasan yang perlu dilengkapkan hampir 40 muka surat.( kerja kursus PGSR )

3. Pukul 5.00 ptg jumpa En. Salaha (pegawai MBJB) tengok kawasan Taman Merdeka. dan berbincang dengannya apa yang patut. Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

Saturday, March 7, 2009

Projek Baru di Taman Merdeka JB

Hari ini saya dapt makluman dari En. Salaha (pegawai MBJB) supaya membuat aktiviti pelukis di Taman Merdeka. Dijangka aktiviti itu selama satu minggu mulai 18 April 2009 nanti.

Saya pun tak merancang secara terperinci lagi sebab saya tidak cukup maklumat tentang tempat tu. Apa-apa pun projek ini insyaallah saya akan laksanakan. Sekiranya tiada masalah yang menghalang projek, nampak gayanya ini adalah projek pertama komuniti di luar HutanBandar.

Jika hendak tahu secara terperinci berkaitan projek ni, nanti jengah-jengahlah komunitipelukishutanbandar.blogspot.com

Thursday, March 5, 2009

WolfGenG

Lama dah tak menulis apa-apa disini. Bukan apa sekarang ni sibuk nak tubuhkan wolfgeng. Wolfgeng ni bukan apa hanya satu cara saya nak mendekati anak murid dan mengawal disiplin mereka.

Wolfgeng ni saya tubuhkan bawah unit Pengakap. Cuma Wolfgeng ni saya wujudkannya sebagai unit elit dalam pengakap. Saya nak bagi bebudak seronok selain mengawal disiplin murid(sebab saya guru disiplin) dan mengalakkan mereka membuat kebaikan sesuai dengan persetiaan pengakap iaitu taat kepada tuhan, raja dan negara serta menolong orang pada setiap masa menurut undang-undang pengakap.

Nak cerita panjang kat sini pun rasa malas pun ada, yalah menulis benda sama seperti dalam blog wolfgeng tu. Jadi kalau nak tahu apa bendanya, bagaimana dilaksanakan dan perkembangan projek wolfgeng ni silalah ke gengpengakap.blogspot.com.

Sebelum keluar nak beritahu sedikit tentang nama wolfgeng ni. Wolf tu serigala, pengakap kanak-kanak ni juga di kenali sebagai anak serigala. Geng tu pula adalah daripada perkataan Gang ler. Jadi bila digabungkan jadilah wolfgeng. Harap Dewan Bahasa dan Pustaka tak marah ler yer. ini hanya satu kreativiti (asal cakap orang putih gak nih) untuk mendekati kanak-kanak dalam usaha menangani masalah disiplin.

Sunday, February 22, 2009

Program Motivasi Tahun 6 di Gunung Pulai.

Dua hari saya di Gunung Pulai. Sabtu dan Ahad. Suasana kat gunung ni sangat menarik. saya tak akan lepaskan peluang untuk mengambil gambar.

Namun untuk hari ini saya hanya akan upload gambar berkaitan program tersebut untuk tatapan anak murid.


Berikut adalah gambar aktiviti sepanjang program tersebut.



Alahai Ikmal, tak kan lah setakat menyeberang titi tu dah terkial-kial.



















Sunday, February 15, 2009

KE GALERI SENI JOHOR




Antara Karya Pameran Khat 2009

antara peserta pertandingan menulis khat


Pameran Seni Khat 2009


Bangunan Galeri Seni Johor



Hari ini saya ke Galeri Seni Johor. Ada pameran seni khat.

Friday, February 13, 2009

Seni jiwa raga ku

Bila bekerja, keghairahan itu perlu ada. Tiada keghairahan, kerja-kerja dilakukan dengan lesu.

Saya seorang guru sekolah rendah. Sebagai guru, serba serbi perlu dilakukan. Tiada senarai tugas yang tetap. Kalau doktor, mengubatlah kerjanya. Kalau kontraktor bangunan, membina bangunanlah kerjanya. Tentu ada yang mengatakan kalau guru, mengajarlah kerjanya. Ianya tidak semudah itu.

Biar apa pun tugas yang diarahkan saya akan lakukan dengan niat mahu melakukannya dengan usaha yang terbaik. Namun satu sahaja yang boleh merosakkan jiwa dan semangat saya iaitu kelas seni visual saya diusik. Mengajar seni adalah jiwa saya, keseronokan saya, keghairahan saya. Jika tidak diberi peluang untuk mengajar seni maka hilanglah jiwa, keseronokan dan keghairahan saya bekerja.

Tahun baru ni saya mulakan dengan tugas baru, iaitu sebagai ketua guru disiplin sekolah. Mengeluh jiwa saya. Saya sangat rapat dengan murid-murid terutamanya di dalam kelas seni dan aktiviti Pengakap.Apabila menjadi guru disiplin watak saya sangat berubah. saya menjadi seorang guru yang sangat tegas. Tugas dan peranan sebagai ketua guru disiplin menuntut saya berperawakan sedemikian. Merana jiwa saya.

Namun guru adalah seorang pembawa watak yang baik. Saya hanya perlu memainkan watak saya dengan baik.

Hanya di kelas-kelas seni yang saya ajar, hubungan saya dengan murid menjadi seimbang.

Sunday, February 8, 2009

Hari ini ke HutanBandar

Komunititi Pelukis Hutanbandar (komunitipelukishutanbandar.blogspot.com) ini saya tubuhkan atas dasar mahu menyemarakkan lagi kegiatan seni lukis di Johor, Khasnya Johor Bahru.

  • 6.50 pagi hari ini saya dah bergerak ke Hutanbandar. Sampai-sampai jam 7.00 pagi. Ramai juga orang dah ada kat Hutanbandar.

  • Terdengar alunan lagu rancak. Rupanya ada yang buat senam robik poco-poco (entahlah ejaannya ). Ada Melayu, Cina dan India. Semuanya menggerakkan tubuhnya dengan rancak. Harmoninya Malaysiaku.
  • Bersiap-siap kemas tempat untuk buat demo. Hari ni saya nak buat semi abstrak rupadiawan:klang kio_pencarian Versi cat minyak.
  • Hari ini kira-kira ada seramai 5 orang pelukis termasuk saya. Pelukis yang Hadir ialah Abang Mohd Noor Bidin, Abang Mohd. Noor Rahman, Abang Yahya Muhammad, Abang Ade Zul dan saya ler.
  • Lewat sedikit Cikgu Hariri juga datang menjengah.


  • Sebenarnya tahun ni tahun kedua komuniti pelukis hutan bandar ini bergerak. Kami bergerak perlahan-lahan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails