Saturday, April 11, 2009

PAMERAN APRESIASI SENI VISUAL JOHOR ' MATA KE HATI'

Hari ni saya pergi perasmian pameran anjuran Jabatan Pelajaran Johor. Pameran ini memaparkan karya saya dan 46 orang guru sekitar negeri Johor.

Thursday, April 9, 2009

Pameran : MENJUNJUNG KASIH

Lepak juga semalam menganjurkan pameran : MENJUNJUNG KASIH di Hutan Bandar. Pameran ini sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor. Seramai 10 orang pelukis telah terlibat dalam menjayakan pameran ini :

Saya sendiri, Nazir, Mohd Nor Rahman, Ramzan, Ilshah Shahbir, Yahya Mohamed, Omar, Anai dari Batu Pahat & 2 orang pelukis dari Kuala Lumpur iaitu Ri & Ib.

Semalam juga wujud perbincangan antara Komuniti Pelukis Hutan Bandar dan Persatuan Seni Reka dan Rupa Johor ( SERUPA ). Komuniti Pelukis Hutan Bandar diwakili Saya dan juga Ilshah, manakala SERUPA diwakili oleh Pak Sanip dan Fakhrul Zaman. Kami berbincang untuk mewujudkan kerjasama membina satu gagasan yang sama. Pertama kami merancang untuk memohon sebuah galeri dan juga sebuah studio seni. Kebetulan pula Pak Sanip telah menerima peluang dari SUK Johor, Dato’ Haji Abdul Latiff Yusuf menawarkan sebuah bangunan di Taman Merdeka.

Semalam juga dapat kenal sorang lagi member CEO The Balau Nelayan Desaru. Azizi namanya. Azizi ni pelukis juga. Insyaallah semoga ada keserasian antara kami.

Tuesday, April 7, 2009

Persiapan pameran sempena Hari Keputeraan Sultan Johor

Pameran sempena Hari Keputeraan Sultan Johor akan diadakan pada hari Rabu, 8 April 2009 yang menjadi hari cuti umum bagi negeri Johor.Pameran ni merupakan pameran tahunan yang Komuniti Pelukis Hutan Bandar adakan.

Setakat ni dah ada 14 orang pelukis yang dijangka terlibat dalam pameran kali ini. Kebanyakannya adalah pelukis Johor. Namun terdapat juga 2 orang pelukis dari Jalan Conlay, Kuala Lumpur yang telah pun bersetuju untuk melibatkan diri.

Semoga pameran kali ini juga akan berjaya sebagaimana dirancang.

SENARAI PELUKIS YANG DIJANGKA TERLIBAT

  1. NORAZLAN AHMAD
  2. ILSHAH SHAHBIR
  3. ADE ZUL
  4. HISHAM
  5. CIKGU NASIR
  6. OMAR BATIK
  7. EJOT
  8. NAZIR
  9. YAHYA MUHAMMAD
  10. MOHD. NOOR BIDIN
  11. ISMABIB
  12. ROSLI NAIF
  13. MOHD. NOOR RAHMAN
  14. RAMZAN
PELUKIS YANG BERMINAT MASIH LAGI DIPELAWA TERLIBAT.

Saturday, March 28, 2009

KELUAR SURAT KHABAR

SIN CHEW DAILY 21/5/2008
Temubual oleh Low Sock Ken menampilkan 3 orang pelukis daripada Komuniti Pelukis Hutan Bandar iaitu Norazlan Ahmad, Ilshah Shahbir & Yahya Mohamed ketika pameran Jejak Seni pada 26 April 2008 di Hutan Bandar, JB.
13/11/2008 NEW STRAIT TIME ( JOHOR BUZZ)
Temubual dengan wartawan NST, En. Satiman sempena Pameran Pelukis-pelukis Amatur Johor di Galeri Seni Johor
Versi online:
http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Thursday/Stories/20081112201626/Article/printarticle


21/11/2008 NEW SUNDAY TIME (SUNDAY PEOPLE)
Temubual oleh Satiman Jamin menampilkan Norazlan Ahmad.

Versi online :
http://www.nst.com.my/Current_News/SundayPeople/article/Features/20081129204940/Article/index_html

Thursday, March 26, 2009

Pergi ke T6 Kluang

Semalam petang saya di Angsana. Hampir pukul 5.00 petang saya dapat panggilan telefon dari pejabat sekolah. Saya dimaklumkan yang saya perlu ke SMK Bandar Kluang untuk kursus Kemahiran Hidup. Pendaftaran jam 8.00 pagi.

Apalah diorang ni. Pagi semalam tak nak bagi surat kat saya. Ni main telefon-telefon pulak. Pagi ni saya bertolak ke Kluang. Sebelum tu telefon untuk pengesahan. Disebut lagi dewan SMK Bandar Kluang. Ikut lebuh raya turun ikut Simpang Renggam, Renggam terus ke kluang.

Tiba di Kluang melilau mencari SMK Bandar Kluang. Jumpa SK Bandar Lelaki Kluang. Berhenti tanyalah kat pakcik pemandu bas yang kebetulan ada kat situ. Dia kata SMK Bandar tak ada. Ahh sudah... Telefon semula sekolah minta kepastian maklumat. Barulah disebut SMK Bandar T6, kluang.

Keluar dari Kluang cari T6. Menurut orang yang ditanya, T6 ni ikut jalan Tenggara ke Kota Tinggi. Mencarilah saya sampai juga di T6 atau Taman Seri Lambak. Pergilah kat SMK Bandar T6. Diberitahu pula tempatnya bukan di dewan sekolah tetapi di Dewan Kejora.

Dari Jam 7.00 pagi sampai ke Dewan tu jam 9.00 pagi. Sabar jerlah. Sekali lagi sabar, rupa-rupanya kursus tu untuk guru Kemahiran Hidup bukan opsyen. Alahai saya ni memang opsyen Kemahiran Hidup. Yang kena pergi ni apahal....

Itulah Cikgu yang menurut perintah. Sabaaaaaaaar jerlah

Tuesday, March 24, 2009

Tawaran Jadi Jurulatih Utama Pendidikan Seni Visual

Hari ni saya dapat panggilan telefon dari penyelia PSV di Jabatan Pelajaran Johor, En. Isa. En. Isa minta saya menjadi Jurulatih Utama (JU) Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah untuk daerah Johor Bahru.

Entahlah, rasanya macam tak nak. Bukan apa, rasanya saya dah agak sibuk. Sekarang ni pun tengah sibuk sambung belajar. Mana ada masa. Jangan sampai nak berkarya pun tak sempat sudahlah. Rasa kesian pada orang umah dan anak-anak pun ada juga. Masa cuti sekolah dahlah saya kena pergi sambung belajar. Hari Minggu ke Hutan Bandar pula untuk aktiviti seni. Agaknya nanti bila dah jadi JU ni kena pula keluar untuk kursus dan sebagainya berhari-hari. Alahai....

Saya pun tak tahu menahu tentang peranan JU ni. Masih samar-samar lagi. Lagipun saya ni bukan bagus pun. Alahai macamanalah boleh terpilih jadi JU ni.

Monday, March 16, 2009

Kesedaran yang kembali

innasolati, wanushuki, wama yaya, wama mati lillahi rabbil a'lamain

Wednesday, March 11, 2009

Hari ni sibuk

Hari ni saya sangatlah sibuknya.

1. mesyuarat keselamatan sekolah sampai jam 2 ptg. Saya jadi pengerusi unit keselamatan fizikal sekolah. Kena rancang tugas ajk. Cuti ni dia orang kena bertugas dan saya kena rancang tugas diaorang tu. Malangnya masa tu saya sebagai ketua tak ada. Jadi kena tinggalkan wasiat jerlah kat diaorang tu. Saya tak ada sebab cuti ni saya kena ke IPG THO.

2. Pukul 3.30 ptg ke SK Sri Melati jumpa kak Azlidar, bincang tentang tugasan yang perlu dilengkapkan hampir 40 muka surat.( kerja kursus PGSR )

3. Pukul 5.00 ptg jumpa En. Salaha (pegawai MBJB) tengok kawasan Taman Merdeka. dan berbincang dengannya apa yang patut. Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

Saturday, March 7, 2009

Projek Baru di Taman Merdeka JB

Hari ini saya dapt makluman dari En. Salaha (pegawai MBJB) supaya membuat aktiviti pelukis di Taman Merdeka. Dijangka aktiviti itu selama satu minggu mulai 18 April 2009 nanti.

Saya pun tak merancang secara terperinci lagi sebab saya tidak cukup maklumat tentang tempat tu. Apa-apa pun projek ini insyaallah saya akan laksanakan. Sekiranya tiada masalah yang menghalang projek, nampak gayanya ini adalah projek pertama komuniti di luar HutanBandar.

Jika hendak tahu secara terperinci berkaitan projek ni, nanti jengah-jengahlah komunitipelukishutanbandar.blogspot.com

Thursday, March 5, 2009

WolfGenG

Lama dah tak menulis apa-apa disini. Bukan apa sekarang ni sibuk nak tubuhkan wolfgeng. Wolfgeng ni bukan apa hanya satu cara saya nak mendekati anak murid dan mengawal disiplin mereka.

Wolfgeng ni saya tubuhkan bawah unit Pengakap. Cuma Wolfgeng ni saya wujudkannya sebagai unit elit dalam pengakap. Saya nak bagi bebudak seronok selain mengawal disiplin murid(sebab saya guru disiplin) dan mengalakkan mereka membuat kebaikan sesuai dengan persetiaan pengakap iaitu taat kepada tuhan, raja dan negara serta menolong orang pada setiap masa menurut undang-undang pengakap.

Nak cerita panjang kat sini pun rasa malas pun ada, yalah menulis benda sama seperti dalam blog wolfgeng tu. Jadi kalau nak tahu apa bendanya, bagaimana dilaksanakan dan perkembangan projek wolfgeng ni silalah ke gengpengakap.blogspot.com.

Sebelum keluar nak beritahu sedikit tentang nama wolfgeng ni. Wolf tu serigala, pengakap kanak-kanak ni juga di kenali sebagai anak serigala. Geng tu pula adalah daripada perkataan Gang ler. Jadi bila digabungkan jadilah wolfgeng. Harap Dewan Bahasa dan Pustaka tak marah ler yer. ini hanya satu kreativiti (asal cakap orang putih gak nih) untuk mendekati kanak-kanak dalam usaha menangani masalah disiplin.

Sunday, February 22, 2009

Program Motivasi Tahun 6 di Gunung Pulai.

Dua hari saya di Gunung Pulai. Sabtu dan Ahad. Suasana kat gunung ni sangat menarik. saya tak akan lepaskan peluang untuk mengambil gambar.

Namun untuk hari ini saya hanya akan upload gambar berkaitan program tersebut untuk tatapan anak murid.


Berikut adalah gambar aktiviti sepanjang program tersebut.



Alahai Ikmal, tak kan lah setakat menyeberang titi tu dah terkial-kial.



















Sunday, February 15, 2009

KE GALERI SENI JOHOR




Antara Karya Pameran Khat 2009

antara peserta pertandingan menulis khat


Pameran Seni Khat 2009


Bangunan Galeri Seni Johor



Hari ini saya ke Galeri Seni Johor. Ada pameran seni khat.

Friday, February 13, 2009

Seni jiwa raga ku

Bila bekerja, keghairahan itu perlu ada. Tiada keghairahan, kerja-kerja dilakukan dengan lesu.

Saya seorang guru sekolah rendah. Sebagai guru, serba serbi perlu dilakukan. Tiada senarai tugas yang tetap. Kalau doktor, mengubatlah kerjanya. Kalau kontraktor bangunan, membina bangunanlah kerjanya. Tentu ada yang mengatakan kalau guru, mengajarlah kerjanya. Ianya tidak semudah itu.

Biar apa pun tugas yang diarahkan saya akan lakukan dengan niat mahu melakukannya dengan usaha yang terbaik. Namun satu sahaja yang boleh merosakkan jiwa dan semangat saya iaitu kelas seni visual saya diusik. Mengajar seni adalah jiwa saya, keseronokan saya, keghairahan saya. Jika tidak diberi peluang untuk mengajar seni maka hilanglah jiwa, keseronokan dan keghairahan saya bekerja.

Tahun baru ni saya mulakan dengan tugas baru, iaitu sebagai ketua guru disiplin sekolah. Mengeluh jiwa saya. Saya sangat rapat dengan murid-murid terutamanya di dalam kelas seni dan aktiviti Pengakap.Apabila menjadi guru disiplin watak saya sangat berubah. saya menjadi seorang guru yang sangat tegas. Tugas dan peranan sebagai ketua guru disiplin menuntut saya berperawakan sedemikian. Merana jiwa saya.

Namun guru adalah seorang pembawa watak yang baik. Saya hanya perlu memainkan watak saya dengan baik.

Hanya di kelas-kelas seni yang saya ajar, hubungan saya dengan murid menjadi seimbang.

Sunday, February 8, 2009

Hari ini ke HutanBandar

Komunititi Pelukis Hutanbandar (komunitipelukishutanbandar.blogspot.com) ini saya tubuhkan atas dasar mahu menyemarakkan lagi kegiatan seni lukis di Johor, Khasnya Johor Bahru.

  • 6.50 pagi hari ini saya dah bergerak ke Hutanbandar. Sampai-sampai jam 7.00 pagi. Ramai juga orang dah ada kat Hutanbandar.

  • Terdengar alunan lagu rancak. Rupanya ada yang buat senam robik poco-poco (entahlah ejaannya ). Ada Melayu, Cina dan India. Semuanya menggerakkan tubuhnya dengan rancak. Harmoninya Malaysiaku.
  • Bersiap-siap kemas tempat untuk buat demo. Hari ni saya nak buat semi abstrak rupadiawan:klang kio_pencarian Versi cat minyak.
  • Hari ini kira-kira ada seramai 5 orang pelukis termasuk saya. Pelukis yang Hadir ialah Abang Mohd Noor Bidin, Abang Mohd. Noor Rahman, Abang Yahya Muhammad, Abang Ade Zul dan saya ler.
  • Lewat sedikit Cikgu Hariri juga datang menjengah.


  • Sebenarnya tahun ni tahun kedua komuniti pelukis hutan bandar ini bergerak. Kami bergerak perlahan-lahan.

Friday, January 30, 2009

Mencari Sarang Batik Terap

Isteri saya orang Terengganu. Jadi tahun baru cina ni saya balik Terengganulah bercuti. Mentua saya ni duduk kat seberang takir.

Hari pertama sampai dah malam, tak ada apa yang boleh dibuat. namun dalam perjalanan sempat juga berjumpa dengan saudara ghazali batik di Balok Kuantan, pahang. singgah kat pusat pelancongannya. Besar juga tempatnya. Sebenarnya jumpa dia sebab saya nak cari sarang batik terap terpakai. Dia tak ada. Namun dia beri nombor seorang pembuat sarang batik terap di Kota Bharu Kelantan. Saya telefon saudara Ghani pembuat sarang batik terap tu. malangnya dia tiada yang lama.

Bagus abang Zali ni. Tak kedekut ilmu dan senang berurusan dengannya. Saya doakan dia sentiasa berjaya dalam segala kerja buatnya. Amin.

Hari kedua, saya ke Pasar Payang berjumpa dengan Pakcik Wan Mokthar, penjual batik. Melaluinya saya dapatlah beberapa nama pengusaha batik. Antaranya Batik Ratna Wan Ismail di Ladang dan dimaklumkan juga terdapat pengusaha batik di Seberang Takir, tidak jauh dari rumah mentua saya.

Pagi tu juga saya ke kilang batik Wan Ismail. Tuan punyanya tiada. Pekerjanya menunjukkan sarang batik yang sudah tidak digunakan lagi. Memang banyak, termasuklah yang hampir reput. saya dapat kad anak Wan Ismail. Wan Mahadi namanya. Cuba hubungi tak dapat. Susah juga nak cari sarang batik terap ni.

Kemudian saya ke rumah pakcik isteri saya di Durian Burung, Kuala Terengganu. Pakcik ni dulu buat juga batik. Saya cakap nak beli sarang batik terapnya. Malangnya dia tak jual. Simpan untuk kenangan katanya.

Petang tu Wan Mahadi hubungi saya dan buat temu janji jam 5.00 petang. Saya sampai di kilangnya tepat jam 5.00 petang. Wan Mahadi tiada lagi. Tidak lama kemudian dia sampai. Kelihatan seperti menyesal buat temu janji dengan saya. Agak bengkeng juga orangnya. Acuh tak acuh saja melayan saya. Saya bersabar.

Saya katakan saya nak membeli sarang batik terap terpakai. Katanya, tak dapat, harganya mahal, RM300 satu. Dengan nada sinis dia berkata. Namun di tunjukkan dua sarang baru yang coraknya sangatlah tidak menarik. Dia tawarkan harga RM120 satu. Saya membeleknya dan terasa tidak ingin membelinya bukan sebab harga tetapi sebab coraknya yang tidak menarik dan tidak sesuai untuk projek yang saya nak buat.

Ketika saya membelek, tiba-tiba dia tunjukkan dua sarang batik terap terpakai . Satu dia kata RM100 dan satu lagi kelihatan dah patah RM60. Saya setuju hendak membelinya dan dia naikkan harga yang patah tu kepada harga RM80. Kelihatan agak terdesak saya membelinya. Sememangnya dah lama saya mencari sarang batik blok untuk projek saya yang tergendala tu.

Keesokkan paginya saya ke Seberang takir. Jumpa kilang Batik. bercakap dengan anak perempuan pengusaha batik tu. Katanya tiada. Hampa. Saya tawarkan kehampaan hati saya dengan mengambil gambar di sekitaran tempat tu. Sangat cantik pemandangannya. Nanti saya upload gambarnya.

Ketika saya mengambil gambar tu, saya terpandang seseorang sedang membuat batik terap. Saya masuk dan berjumpa dengannya. Adi namanya. Saya bertanya dengannya ada tak sarang batik yang tidak guna. Alhamdulillah, katanya ada dan bos dia memang ada menjualnya. Perusahaan batik ni di miliki oleh Wan Azhar. Kini diurus oleh anaknya Mamat setelah ayahnya itu meninggal dunia.

Saya tunggu Mamat. Memang benar Mamat menjualnya. memang ada rezeki saya. banyak betul sarang terpakai. Rambang mata saya dibuatnya. Saya membeli sebanyak 50 sarang pelbagai corak. Puas hati. Mamat dan pekerjanya sangat bermurah hati ditambahnya lagi bilangan sarang yang saya beli secara percuma. Kebaikan dan kemurahan hati mereka itu akan saya kenang selamanya. Saya doakan semoga mereka dimurahkan rezeki dan dimudahkan kehidupan mereka. Amin.

Untuk projek ni saya akan upload kat reliefpainting.blogspot.com dalam label batik relief ( tunggu......)

Wednesday, January 7, 2009

Alhamdulillah ada tempahan

Semalam seorang rakan guru satu sekolah dengan saya bertanya tentang lukisan relief saya. Nampaknya dia berminat sangat. Dia tanya saya harganya berapa. Agak serba salah juga saya nak nyatakan. Oleh itu saya tanya berapa anggaran harga yang dia minta. Dia tawarkan harga RM2000.00. Dia akan bayar pendahuluan sebanyak RM500.00 dahulu. Jelas Allah dah buka pintu hatinya nak beli lukisan saya.

Hari ini juga Hisyam, rakan pelukis saya untuk projek ISI ALAM SENI SDN BHD. Tanya lukisan relief keris pada peta dan jata negeri johor tu, dia kata ada pembeli, ahli korporat. Minta harga RM 800.00. susah juga nak beri harga macam tu bila memikirkan betapa susahnya nak buat bahan kayuliat tu.

Pelik, bila fikirkan rakan guru tu sanggup keluarkan duit sebanyak rm2000. Sedangkan ahli korporat tu hanya sanggup tawarkan harga RM800. Inilah yang dinamakan kuasa Allah. Bukan cikgu atau ahli korporat itu yang bagi rezeki pada saya tapi Allah yang beri. Tak mustahil juga sekiranya tiba-tiba Allah terbalikkan hati mereka, maka tertutuplah rezeki saya. Semoga Allah beri yang terbaik untuk saya. Samaada mereka beli atau tidak itu bukan soalnya.

Saturday, January 3, 2009

BARU DATANG ILHAM

Sepatutnya sekarang ni saya kena fikirkan tentang kerja kursus yang perlu saya hantar ke IPG KCTHO pada 9/1/08 dan 12/1/08. Pening juga kepala nak buat kerja kursus ni. Bukan apa sampai hari ni masih tak ada mood nak buat.

Tetiba je datang ilham tentang Rupadiawan: Klang Kio_pencarian itu. Nak tahu idea tu tengoklah kat rupadiawan.blogspot.com.

Hari juga timbul salah paham tentang Komuniti pelukis Hutan Bandar tu. Projek tu saya dan Ilshah usahakan untuk manfaat semua pelukis. Siapa yang datang pada hari Sabtu atau Ahad itu bukan soalnya. Mungkin Kumpulan Pelukis ARYATI boleh fikirkan. Saya dah lepaskan jawatan pengerusi dan juga keahlian kumpulan tak berdaftar tu.

Malas rasanya nak bercerita tentang konflik kat hutanbandar tu.

Sekarang ni saya kembali kepada asal saya iaitu perancang utama projek menjadikan hutanbandar tempat pelukis berkumpul. secara asasnya tentulah saya dah berjaya. Sekarang ni saya dan Ilshah ialah pengasas Komuniti Pelukis Hutan Bandar. Kami tak ada keahlian lain. pelukis lain yang berminat nak join kami boleh je tapi cuma masa aktiviti. Hal-hal lain tiada kena mengena dengan kami. Nak tahu lanjut lihat komunitipelukishutanbandar.blogspot.com

Hari terfikir nak buat blog panitia seni visual sekolah. Hari ni baru buat drafnya. Nanti bila senang saya akan kemas kinikan datanya. blognya ialah psvsktu1.blogspot.com

Tuesday, December 30, 2008

30/12/2008

Cuti kali agak pendek buat aku. Walaupun kalau ikut jumlahnya memang panjang. Dari 17/11/08 hingga 4/12/08. Kira-kira lebih 7 minggu cuti persekolahan hujung tahun ni.

Tetapi 5 minggu darinya aku habiskan kat Institut Pendidikan Guru Kampus Cawangan Tun Hussein Onn di Batu Pahat untuk mengikuti program pensiswazahan. Aku ambil major Pendidikan Seni. 5 minggu dari 17/11/08-19/12/08. Lepak juga setiap Jumaat aku balik JB. Anak bini kena ingat juga. Kursus ni selama 4 tahun pada setiap cuti sekolah. Kira-kira tahun 2012 barulah aku akan bergelar guru bersiswazah. Insyaalah

20/12 aku ke Terengganu. Bercuti Kat rumah mentua aku di Kuala Terengganu. 25/12/08 balik Johor. Bila bergerak dengan bebudak, aku agak berhati-hati juga. Lambat. Bertolak pukul 3 petang sampai Segamat pukul 11 malam. Tidur di rumah adik aku Izam kat segamatlah. Pagi Jumaat 26/11/08 bertolak ke JB. Sampai JB, sempatlah solat Jumaat. Petang tu aku ke Galeri Seni Johor ambil lukisan aku. Lukisan-lukisan tu aku nak pamerkan untuk Preview#2:Seni@HutanBandar.

Sampai di HutanBandar Ilshah dah menunggu. Kami buat kerja-kerja persiapan memasang panel, susun skrin dan sebagainya. dari jam 4 petang kami di HutanBandar sedar-sedar dah pukul 10 malam. Aku telefon beberapa orang pelukis untuk memastikan penyertaan mereka. Malangnya Cikgu Nasir tidak dapat hadir, ada hal peribadi katanya. ralat juga dia. Cikgu Hariri kat KL, nampaknya Cikgu Hariri hanya akan datang pada hari Ahad.

Penat nak cerita segalanya di sini. Apa-apa hal rujuklah komunitipelukishutanbandar.blogspot.com untuk cerita Preview#2:Seni@HutanBandar.

Sebenarnya nak catat kat sini tentang apa yang berlaku hari ini.

AKU KENA PERGI MESYUARAT SEKOLAH HARI NI

Kesimpulannya hari ni aku dapat tugas berikut.

  • Ketua Guru Disiplin- jawatan baru yang aku terima sebab ketua guru disiplin sebelum ni dah naik pangkat GPK kat sekolah lain. Aku tak suka sebenarnya sebab aku lebih senang menunjukkan wajah yang mesra dan tidak terlalu tegas. Namun guru adalah pemain watak yang handal.
  • Ketua Panatia Pendidikan Seni Visual- GB ada juga tawarkan supaya aku lepaskan jawatan ni namun inilah jiwa aku. Sudah 8 tahun aku pegang jawatan ni. GB kata aku dah jatuh cinta pada seni tampak dan Pengakap. yalah tu.
  • Ketua Program Pendidikan Alam Sekitar- Jawatan ni pun dah lama aku pegang. Namun aku bukan suka sangat. Tapi aku ialah 'yang menurut perintah'
  • Ketua Rumah Sukan- Rumah Pahlawan. Aku ni bukan mat sport, namun aku perlu juga jadi mat sport. Aku kan cikgu. hah...hah...alahai....
Malas aku nak senarai jawatan yang kecil-kecil yang lain yang aku terima. Yang aku catat kat sini pun dah macam aku gila kuasa.

APA-APALAH AKU NI

Antara tugas besar aku

  • Keluarga aku
  • Projek Inovasi Pendidikan aku dengan UTM- projek nih juta-juta juga
  • Projek Komuniti Pelukis HutanBandar
  • Program pensiswazahan yang aku ikuti kat IPG Kampus Tun Hussein Onn
  • Projek ISI ALAM SENI- nantilah aku cerita
  • Ketua Guru Disiplin- Aku amat pandang penting
  • Ketua Panatia Pendidikan Seni Visual - program pameran untuk bebudak
  • Karya-karya reliefpainting aku
  • Karya-karya rupadiawan aku
  • Karya-karya realist aku

Monday, December 29, 2008

27/12/2008-28/12/2009

Preview#2:Seni@HutanBandar

Projek ini saya anjurkan bersama Ilshah atas nama Komuniti Pelukis Hutan Bandar. Bermula dengan Preview Seni@HutanBandar pada 29 dan 30/12/2007, maka genaplah setahun saya mengusahakan projek ini.

Semalam En. Muhd Ghani Pengarah Belia dan Sukan sudi singgah di Hutan Bandar untuk melihat projek kami ini. Melalui pertemuan itu, wujud perhubungan baru antara Komuniti Pelukis Hutan Bandar (Saya dan Ilshah) dengan pihak Belia dan Sukan.

Ideanya di sini ialah kami akan membimbing beberapa orang belia untuk menghasilkan artwork seterusnya menganjurkan pameran anjuran jabatan belia dan sukan. Hasrat kami akan ada lembaran baru kegiatan seni tampak di jabatan belia dan sukan.

Wednesday, December 3, 2008

BIODATA

NORAZLAN BIN AHMAD
Pengasas Komuniti Pelukis Hutan Bandar MBJB
Pencipta ‘Kayu Liat’

013-7256709 (H/P)
Email : relief_painting@yahoo.com.my
On Line Gallery :
www.myarthost.com/azlan
reliefpainting.blogspot.com
rupadiawan.blogspot.com
komunitipelukishutanbandar.blogspot.com
norazlanahmad.blogspot.com

PAMERAN
2005
• Pameran Citra Terengganu – Muzium Kuala Terengganu
2006
• Pameran KSPK Seni Visual -Hotel Primula Kuala Terengganu
• Pameran Lanskap Malaysia-Balai Seni Lukis Negara
2007
• Pameran Catan Relief- Festive Street Mall Danga Bay, Johor Bahru
• Pameran Catan Relief – Hotel Mutiara,Johor Bahru.
• Exhibition of Malaysian Art Competition – Renewed Group & Johor Art Society
• Preview Seni @ HutanBandar – Hutan Bandar , Majlis Bandaraya Johor Bahru
2008
• Pameran Sempena Keputraan Sultan Johor – Hutan Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru
• Pameran Lukisan Sempena Keputraan Sultan Johor- Galeri MAWAR, Johor Bahru
• Pameran Terbuka Galeri Shah Alam – Galeri Shah Alam, Selangor
• Pameran Pelukis-Pelukis Amatur: ALIRAN – Galeri Seni Johor, Johor Bahru.

PROJEK PENDIDIKAN SENI VISUAL
2007
• Menganjur Pameran dan Demontrasi 13 pelukis Preview Seni @ Hutan Bandar - Johor Bahru
• Menganjur Pameran 1 bulan Pendidikan Seni VisuaL- Festive Street Mall, Danga Bay, Johor Bahru
• Menganjur Pameran Lukisan Murid dan Guru - Hari Terbuka Sk. Taman Universiti 1, Johor Bahru
• Terlibat dengan Pameran Seni Visual Di SMK Pasir Gudang – Johor Bahru.
2008
• Menganjur program demontrasi, interaksi dan bengkel seni setiap minggu di Hutan Bandar, JB.
• Terlibat dengan Program Merakyatkan Seni di Batu Pahat anjuran KEKWA (demontrasi seni lukis)
• Terlibat dengan Program Merakyatkan Seni di Segamat anjuran KEKWA (demontrasi seni lukis)
• Pameran dan demontrasi lukisan di Mega Karnival 2008 Sk. Kangkar Pulai, Kulai, Johor Bahru

ANUGERAH

2005
8 terbaik pertandingan Seni Lukis Citra Terengganu- Muzium Negeri Terengganu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails