Monday, September 20, 2010



19/9/2010 Ahad. Galeri Pelita Hati

Akhirnya saya berjaya juga menghantar karya untuk Pameran Ilham 4 yang akan berlangsung pada 24/9 hingga 23/10/2010 di Galeri Pelita Hati.

Thursday, September 9, 2010

dah lama

alahai, lama betul tak menulis apa-apa di sini. Tengoklah kalau lapang nanti nanti nak cerita balik apa yg berlaku

Thursday, May 13, 2010

KEMBARA JEJAK BERSENI 2010






Pada 5/10/2010 saya menganjurkan kembara jejak berseni. Aktiviti ini ialah rombongan lawatan berpandu. Maksudnya ialah lawatan ini berserta dengan lembaran kerja yang perlu murid siapkan.

Destinasi kami ialah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor dan Galeri Seni Johor.

Di Pusat Kraftangan Malaysia kami mewarna batik, melawat galeri produk kraf warisan dan kontemporari serta melawat perkampungan kraf

Setelah itu kami ke Galeri Seni Johor. Di sini murid dikehendaki membuat imitasi karya pelukis yang ada dalam pameran tersebut

Pada 11/5/2010 aktiviti kami ke Galeri Seni Johor keluar surat khabar The Star. Bangga bebudak sebab masuk surat khabar.

Laporan penuh di http://artgeng.blogspot.com

Wednesday, April 21, 2010

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL ZON SKUDAI

20 April 2010 Selasa SK SUNGAI DANGA, JB : Saya pergi mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Zon Skudai. SK Sungai Danga menjadi ketua Panitia Pendidikan Seni Zon Skudai.

Saya selaku ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Sk. Taman Universiti turut menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut.

Di dalam mesyuarat tersebut kami telah memutuskan untuk menganjurkan pertandingan pendidikan seni peringkat zon Skudai.

Pertandingan yang akan kami anjurkan ialah pertandingan membuat gambar buahan-buahan dengan menggunakan teknik kolaj untuk tahap satu. Manakala untuk tahap dua pula kami akan menganjurkan pertandingan membuat anyaman kelarai Tampuk Manggis.

Untuk kursus pemantapan guru pendidikan seni visual, saya telah mencadangkan kursus anjuran bersama kraftangan Malaysia cawangan Johor. Kebetulan saya kenal baik pegawai Kraftangan Johor tersebut. Dengan persetujuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor tersebut, terdapat beberapa kursus kraf boleh dianjurkan antaranya batik chanting, anyaman rotan, ketuk logam dan ukiran kayu.

Semua ketua Panitia Zon Skudai sepakat untuk memilih kursus menchanting batik.

Tuesday, April 6, 2010

idea baru






Surealist + relief + painting + arca + iconografi

Monday, April 5, 2010

membuat demontrasi relief kayuliat di Pameran Endau Rompin, JB

5 April 2010, Danga City Mall, JB. Saya membuat Demo karya relief menggunakan kayuliat.












Thursday, March 25, 2010

MELAKAR BUDAYA WARISAN BANGSA : ENDAU ROMPIN


Saya bukanlah salah seorang peserta pameran ini. Namun selaku pelukis Johor dan merangkap SU 2 Persatuan SERUPA Johor maka saya terlibatlah sebagai urusetia pameran ini.






Thursday, March 4, 2010

Wednesday, March 3, 2010

kadang-kadang buta mataku melihat

entah kawan cakap
kekadang putih
ermm mungkin hitam
diberitahu orang merah
katanya

atuk cakap kuning pula
argh......
pakcik cakap dulu hijau
semalam macam unggu
kata makcik pula

aduh pening

emak cakap
cuba tengok betul-betul
abah cakap
kena tengok sendiri
kaji, selidik dulu
kumpul maklumat
kemudian fikir
beri jawapan
dan doa
semoga ianya betul dan tepat

jika masih keliru
rujuk Al Quran, Hadis dan sunnah

kata abah lagi
jangan putus asa
fikir lagi dan ingat
hanya Allah maha mengetahui

Sunday, February 14, 2010

Seharian di KL. Pelita hati, Balai Seni Lukis, Conlay dan Dato Jaafar Taib.

13/2/2010, Sabtu,- saya dengan Cikgu Ali Mustafa bertolak ke KL dari JB pada jam 1.30 pagi. Banyak berhenti sepanjang perjalanan. Sampai di Pelita Hati pada jam 8.30 pagi. Benar yang sebagaimana yang diberitahu. Bumbung galeri Pelita Hati dah berlubang akibat kebakaran yang berlaku. Saya hubungi En. Raja Anuar dan diberitahu supaya ke kedai yang disewanya sehingga penghujung Februari ini. Sampai di sana saya mengambil kembali karya Khlangkeo saya tersebut. Sempatlah berbual dengannya dan saya tunjukkan padanya produk DIY saya. En. Raja Anuar cadangkan saya suply produk saya di Balai Seni Lukis Negara.

Lebih kurang jam 10.00 pagi kami sampai di Balai Seni Lukis Negara. saya hubungi En. Shahrul Niza untuk mengambil karya kami. Setelah selesai urusan mengambil kembali karya, kami terus ke dalam untuk menyaksikan pameran open malaysia. Kemudian saya ke kedai barangan seni. sempatlah juga sambar satu katalog pameran Rupa dan Jiwa Johor 2006. Bertanya saya tentang bagaimana saya hendak pasarkan produk saya. Menurutnya saya perlu ke pejabat Balai pada waktu pejabat untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Saya hubungi Pak Ismail Baba, pelukis Conlay. Dia datang dan bawa kami ke Conlay. Lama juga saya di Conlay. Berjumpa dengan En. Fuad (Karikatur), En. Ali Akhbar, En. Donald Dog dan Adeputra. Menarik berkongsi pengalaman dengan mereka di Conlay.

Setelah itu kami ke Bangsar Shopping Centre. Dato Jaafar Taib sudah lama menunggu di rentoren Dome. Cikgu Ali Mustafa ini memang kenal baik dengan Dato Jaafar ini. Saya sempat jugalah beritahu tentang produk saya dan minta nasihat bagaimana nak menjalankan perniagaan. Banyak jugalah tip-tip yang diberinya kepada saya. Di BSC tu ramai jugalah VVIP yang saya terserempak. Antaranya Dato Yahya tuan punya syarikat gerbang selatan, Adik Tun Hussein Onn dan beberapa lagi orang politik yang malas saya nak tulis namanya di sini.

Malam kami bertolak pulang ke JB. Sampai rumah jam 6.00 pagi. Satu perjalanan yang jauh, singkat dan menyeronokkan.

Thursday, February 4, 2010

KURSUS BINA IHSAN GURU


sepatutnya kursus BIG ini diadakan pada minggu lepas tetapi ditunda pada minggu ini mulai 4/2/10 hingga 7/2/10.

Kursus BIG ini adalah syarat wajib untuk penganugerahan ijazah. Kalau tak pergi tak dapat ijazah.

PEMILIHAN AHLI ARTGENG 2010

Saya telah membuat pemilihan ahli baru artgeng bagi sesi 2010 maklumat lanjut di http://artgeng.blogspot.com

Thursday, January 28, 2010

PROJEK TECHNOFUND DAN KURSUS BINA IHSAN GURU (BIG)

Sekarang jam 3.30pagi. Terbangun. Jap lagi saya perlu ke sekolah untuk urusan audit projek inovasi pendidikan yang saya bertindak selaku Penyelaras projek. Projek ini dijalankan bersama UTM. Pihak MIMOS selaku wakil MOSTI akan datang untuk mengaudit perkembangan projek ini. Hari ini saya akan buat makroteaching menggunakan segala pendekatan, kaedah, strategi yang sesuai dengan alat dan bahan yang telah dibina melalui projek technofund ini.

MOSTI akan datang jam 10.00 pagi hari ini. Dari segi persediaan, rasanya dah bersedia. selebihnya saya bertawakal dengan Allah.

Cuma pada hari ini juga saya perlu ke IPGM Tun Hussein Onn untuk mengikuti kursus Bina Ihsan Guru (BIG). Kursus ini syarat wajib untuk program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) yang saya ikuti anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) selama 3 hari.Pergh tak ada cutilah saya.

Pendaftaran jam 2.30 petang. Mahu-mahu jam 12.00 saya perlu bergerak untuk mempersiapkan diri untuk bergerak ke IPGM tersebut. Sekurangnya 1 jam untuk mempersiapkan diri dan satu jam setengah lagi untuk perjalanan.

Tengoklah macamana, kalau tak selesai lagi audit, selebihnya saya serahkan pada pihak UTM untuk uruskannya.

Wednesday, January 13, 2010

Wednesday, December 16, 2009

Friday, December 11, 2009

SATU HARI LIDAH TERSALAH BICARA

Andai kata hari ini
seluruh pancaindera berbicara
berbicara sebelum sampai tika
mudahlah pencatat menjalankan tugasnya
Andai kata tiba-tiba
lidah berbicara
menjadi saksi utama
mampukah mulut menafi dusta

Andai kata tiba-tiba
telinga yang mendengar berbicara
dapatkah mencari
saksi menafikannya

Namun barang kali
hati boleh menjadi saksi
berbicara memadamkan
catatan sang pencatat

Pastinya diyakini
kerna
hati tidak pernah berdusta

INTERPRETASI


kisahnya ialah tentang seorang yang tersalah berbicara dan tidak bermaksud untuk mengguris hati yang mendengarnya.

kisahnya juga ada kaitan dengan bila sampai hari akhirat kelak. kan ketika itu semua anggota jadi saksi.

tapi andaikan lidah dah berbicara kini, tentulah mulut tak boleh menipu. sebab memang dia cakap sesuatu yg menyakitkan hati pun.

ketika itu malaikat yang mencatat dosa pahala akan menjadi mudah kerjanya. ini kerana setiap pancaindera telah menyatakan saksinya

buat telinga orang lain yang mendengar.. kalaulah tiba-tiba telinga itu memberitahu dan kuatkan hujah yang memang orang tu bersuara sedemikian menyakitkan hati tuannya. mampukah yang bercakap lancang itu mencari saksi nak bela diri.

Namun seperti yang dinyatakan awal-awal tadi, dia memang tak berniat nak mengguris hati sesiapapun.

Apa-apa pun memang telah dinyatakan yg malaikat pun tak tahu hati manusia ni macamana. tugasnya mencatat jer bukankah baik atau buruk sememangnya hati itu tahu.

Siapa yang mampu menipu dirinya. kira ini ada kena mengena dengan niat lah.
p/s. cubaan pertama setelah sekian lama meninggalkannya

Sunday, November 29, 2009

RUAS


Bersama anak-anak muda Johor yang kreatif, inovatif dan positif. Aktiviti bermula dengan tayangan pembuatan filem pendek 'LABO' Lantai Aku Bumbung Orang . Majlis diacarakan oleh Tok Rimau dari Sendiket Soljah.

Majlis benar-benar dimulakan dengan persembahan bunyian gitar oleh zack dari Komuniti JOHO. setelah itu sesi temubual dengan zack tentang komuniti JOHO yang diasasnya di Face book.

Seterusnya tayangan filem pendek oleh saudara Dean Sham, Lantai Aku Bumbung Orang. Setelah itu sesi soal jawab dengan saudara Dean Sham yang banyak membantu anak muda yang minat buat filem

Berehat sebentar menikmati jamuan ringkas yang ditaja ikhlas oleh penganjur sambil menikmati pameran foto oleh LOMOKIDS.

Kemudian Tayangan filem pendek 'sebuah perhentian kesukaan aku suatu waktu dulu'.
http://www.youtube.com/watch?v=toUAzEaGXNc. Setelah itu pengarahnya iaitu saudara Rozinorazali berkongsi pengalamannya

Acara diakhiri dengan temubual dengan penganjur aktiviti ini iaitu saudara syed (RUAS) dan tuan punya tempat (Pohon Minda) Hasrat yang mulia diluahkan.





Friday, November 27, 2009

Preview Seni @ Hutan Bandar III


Tahun ini merupakan kali ketiga saya dan Ilshah menganjurkan pameran dan demontrasi seni kat hutan bandar. Aktiviti ini mengumpul seramai mungkin pelukis. Buat pameran dan demontrasi seni. keterangan lanjut kat http://komunitipelukishutanbandar.blogspot.com

Friday, November 20, 2009

Tugas Pertama Sebagai Jurulatih Utama Pend. Seni Visual

Pada 16/11/09 hingga 18/11/09 saya telah menjalankan tugas pertama saya sebagai jurulatih utama di kursus enjoy learning untuk ketua-ketua panitia pendidikan seni negeri Johor. Tugas saya dalam kursus tersebut ialah memberi maklumat kepada peserta kursus berkaitan dengan pengajaran menggunakan ict.

Pada peringkat awalnya saya diarahkan untuk membuat modul menggambar dan membuat corak menggunakan microsoft word. Tetapi saya fikir ms word tu mesti semua orang dah tahu. Oleh itu saya mencari software lain yang percuma, baru dan sesuai digunakan untuk murid sekolah rendah.

Kebetulan saya terlibat sebagai penyelaras projek inovasi pendidikan kerjasama sekolah dengan UTM atas tajaan MOSTI. Sebenarnya untuk projek tersebut saya telah menyiapkan modul inovasi pnp kemahiran hidup. namun begitu saya tetap memperuntukkan kajian saya untuk PSV.

Kebetulan pula saya menemui google sketchup yang fungsinya seperti AUTOCAD. saya uji dulu pada murid saya dari tahun 3 hingga tahun 6 dan saya dapati mereka boleh menggunakannya dengan baik.

Berdasarkan ujian tersebut saya membuat keputusan untuk menggunakan sketchup sebagai modul bengkel yang telah diakan di bandar tenggara tersebut.

Alhamdulillah walaupun masa yang diperuntukkan kepada saya untuk menyampaikan sketchup kepada ketua-ketua panitia negeri johor tersebut kurang dari dua jam, namun respon yang saya perolehi sangat baik. Oleh itu saya harap bekalan installer sketchup yang saya berikan kepada mereka itu akan mereka install di makmal komputer mereka.

Sunday, November 15, 2009

Sehari Bersama Pelukis : ISMABIB

Saya sampai ke rumah Pak Mail lebih kurang jam 10.20 malam. Agak lewat juga sampai ke rumahnya. Ini kerana saya dah sesat berpusing-pusing mencari Ampang Point sebagai tempat pertemuan sebelum ke rumahnya di jalan Kempas.

Banyak ilmu dan pengalamannya yang dikongsi olehnya kepada saya. Melihat karyanya dan juga studionya, jelas kegigihan dan semangatnya dalam bidang seni ini.

Saturday, November 7, 2009

Jadi Pengadil Pertandingan Mewarna KUNTUM The Star di MAWAR, JB

Tahun ni merupakan tahun kedua saya dijemput untuk menjadi pengadil pertandingan mewarna KUNTUM The Star. Kali ini di MAWAR ,JB

Wednesday, November 4, 2009

cahaya di celah awan mendung yang mula berarak pergi

Petang tadi saya ke Hutan Bandar MBJB. Kali ini saya berjumpa selaku pengasas Komuniti Pelukis Hutan Bandar. Bukan selaku Setiausaha 2 Persatuan seni lukis & Reka cipta Johor (SERUPA). Saya dan Ilshah berbincang dengan Penolong Pengarah Bahagian Lanskap MBJB tentang hala tuju Komuniti Pelukis Hutan Bandar di Hutan Bandar MBJB.

Ada sinar baru untuk Komuniti Pelukis Hutan Bandar dengan pucuk pimpinan Hutan bandar yang baru ini. Ada beberapa perkara yang telah dibincangkan. tak semua boleh diceritakan di sini. Namun satu perkara yang boleh di maklumkan iaitu kami akan membuat preview seni @ hutanbandar pada bulan 12 nanti.

Oleh itu jika ada sesiapa pelukis yang berminat untuk bersama kami menjayakan preview seni @ hutanbandar tersebut bolehlah hubungi saya di relief_painting@yahoo.com.my

Monday, October 5, 2009

Pengadil Pameran Kraf Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru

saya telah dijemput menjadi pengadil pameran kraf pendidikan Khas daerah Johor bahru.

Program lawatan panitia seni ke galeri seni

seramai 35 orang murid telah dibawa ke galeri seni johor untuk pameran 1 malaysia


AKTIVITI MEWARNA SERAMIK

aktiviti ini diadakan untuk murid sktu1 dengan kerjasama kraftangan malaysia cawangan johor

Thursday, September 24, 2009

Rezeki yang tidak disangka

Berpeluang membuat baik kepada saudara seagama yang dalam kesempitan adalah rezeki yang tidak disangka.

Sebenarnya ada banyak peluang, cuma sama ada kita hendak merebutnya atau membiarkan ia berlalu

Paling tidak mengutamakan membeli barang buatan atau jualan saudara seagama sendiri. Mungkin mahal, mungkin tidak baik, mungkin kurang berkualiti tapi yang penting duit yang diberi oleh kita untuk membelinya pastinya akan lebih bermakna lagi terutamanya bila duit itu digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah.

Wednesday, September 16, 2009

Mesyuarat Jurulatih Utama di Batu Pahat

Hari ini saya akan ke Batu Pahat untuk mesyuarat pengurusan jurulatih utama pendidikan seni visual di sk senggarang.

Kali pertama mesyuarat setelah dimaklumkan saya dipilih menjadi JU PSV daerah Johor Bahru. Di Johor Bharu ni cuma dua orang sahaja yang jadi JU daerah Johor Bahru iaitu saya dan cikgu Hamzah.

Entahlah apa yang akan menjadi agenda mesyuarat ini.

Apa-apa pun saya gi dulu dan dengar apa yang akan disampaikan.

Majulah Seni Untuk Negara.

Wednesday, September 9, 2009

Ke MBJB 090909

Hari ini saya bersama Fakrul Zaman dan Pak Sanip Lasman berbincang dengan pihak MBJB untuk penubuhan galeri di jalan trus JB. Banyak halangan namun akan cuba ditempuh. Berdoalah semoga berjaya dan memberi manfaat kepada semua.

selain itu kami juga serahkan kertas kerja untuk mengadakan Pameran Warisan Endau-Rompin 2009

ni saya guna http://www.ftsm.ukm.my/jawi

ويدنيسداي , سيڤتيمبر ٩ , ٢٠٠٩

کي مبجب ٠٩٠٩٠٩

هاري اين ساي برسام فاکرول زمان دان ڤق سانيڤ لسمن بربينچڠ دڠن ڤيهق مبجب اونتوق ڤنوبوهan ڬالري د جالن تروس جب . باڽق هالڠن نامون اکن چوبا ديتيمڤوه . بردواله سموڬ برجاي دان ممبري منفعة کڤد سموا .

سلاين ايت کامي جوڬ سرهکن کرتس کرجا اونتوق مڠاداکن ڤاميرن واريسن انداو -رومڤين ٢٠٠٩

Monday, September 7, 2009

Usaha-usaha yang masih di teruskan.

malam ni saya akan ke Bandar untuk berbincang bersama Pak Sanip dan Fakrul Zaman ( Orang Kuat Persatuan Serupa ) mengenai usaha-usaha pembinaan Galeri Seni Baru di Johor Bahru.

Jika masih ingat saya pernah menyatakan usaha kami untuk pembinaan galeri di Taman Merdeka. Nampak gayanya projek itu tergendala kerana Datuk Bandar Johor Bahru telah bersara, begitu juga dengan Pengarah Landskap MBJB telah bertukar.

Begitulah kita hanya mampu merancang namun Allah yang menentukannya.

Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Kami masih tidak berputus asa.

mungkin di sini ler nanti galeri tu. Berdoalah semoga berjaya.

Saturday, September 5, 2009

Ke Galeri Shah Alam dan Balai Seni Lukis Negara

Dalam masa 15 jam bermula dari jam 3 pagi bergerak dari JB ke Shah Alam dan KL, kemudian kembali semula tiba di JB pada jam 5 petang. Sempat ler berbuka dengan keluarga.

Sebenarnya ke Galeri Shah Alam untuk mengambil kembali karya yang telah dipamerkan sempena pameran terbuka Galeri Shah Alam yang telah berlalu..

Ke Balai Seni Lukis pula untuk melihat pameran tampannya budi yang saya juga turut menyertainya.

Kedua-dua pameran tersebut karya saya telah didokumentasi di dalam buku pameran tersebut.

Saturday, August 29, 2009

Pameran tampannya budi, Balai Seni Lukis Negara



Karya ni saya hantar ke Balai Seni Lukis Negara sempena Pameran Tampannya Budi, anjuran bersama ATMA, UKM

Tajuknya : Kuman seberang laut nampak. Gajah depan mata tak nampak...

Masa hantar gambar pada Prof. Madya Salma, dalam telefon bertanya " mana gajahnya"... hik..hik.. ada gajah tu kat situ... cuma ikan melambangkan laut tu yang menganggu subjek gajah yang besar seperti lautan itu.

Saturday, August 1, 2009

MYartgengSPACE (artgeng.ning.com)

portal ni saya buat hari ini untuk anak-anak murid saya yang minat dengan seni. Tapi dia orang ni tak boleh sebarang nak join portal nih. ada syarat-syaratnya juga. Selain itu daripada dia orang melayari myspace, friendster atau sebagainya baik dia orang join MYartgengSPACE ni. Selain itu MYartgengSPACE ni juga menjadi satu medium untuk saya mendekati mereka sebagai guru seni dan juga sebagai guru disiplin.

Ramai dah yang beria nak jadi ahli artgeng ni. setakat ni dia orang tak tau lagi tentang portal MYartgengSPACE nih. Dia orang setakat tahu artgeng.blogspot.com tu jer.

kelmarin guru kaunseling maklumkan kepada saya ada dua orang murid mengaku dan bertekad berhenti merokok sebab nak jadi artgeng.

Sememangnya saya dah beri syarat kat dia orang kalau nak jadi artgeng kena ada beberapa ciri pada diri dia orang. kalau tak ada ciri-ciri tu, dia orang tak boleh jadi artgeng.

antara ciri-ciri artgeng ialah;

  1. peka pada arahan.
  2. patuh pada undang-undang.
  3. biar pandai, jangan memandai-mandai
  4. pentingkan pelajaran
  5. setiakawan
  6. berfikir dulu sebelum bertindak

Visit MYartgeng SPACE

serupasenimanjohor.ning.com

semalam saya buat portal untuk persatuan seni lukis & reka cipta (serupa). portal ini untuk semua pelukis yang lahir di Johor, atau yang menetap di Johor atau berumahtangga dengan orang Johor. Kirakan asal ada sangkut paut dengan Johor, bolehlah join portal ni.


Visit SERUPA

Friday, July 24, 2009

Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor (SERUPA)

Pada hari selasa yang lalu saya telah menghadiri mesyuarat Persatuan SERUPA. Akhirnya saya dilantik menjadi setiausaha 2 persatuan tersebut. Tambah satu lagi peranan.

Apa-apa pun yang penting kita buat kerja untuk manusia kerana Allah. Susah sebenarnya berpersatuan nih. Namun sayanglah jika persatuan SERUPA yang telah berdaftar ini terkubur begitu sahaja.

Buat kerja jangan tak buat kerja.

Tugas pertama, sekarang ni saya sedang membina dan akan terus menyelenggara blog persatuan iaitu; serupasenimanjohor.blogspot.com.

Kalau senang singgah ler kat blogspot tu. Tak ada apa lagi, masih banyak lagi yang perlu di isi. Tak apalah, pelan-pelan. yang penting ada usaha. Ini pun kerja tak berbayar, kerja berbayar (cikgu) tu kenalah lebih diutamakan.

Friday, July 17, 2009

Projek dengan Kraftangan Johor


Baru dapat panggilan dari kakitangan Kraftangan Malaysia cawangan Johor.

Ada 2 aktiviti yang ditawarkan;

  1. Kraftangan memberi peluang percuma kepada murid sekolah saya seramai 30 orang untuk aktiviti mewarna batik di Jusco Tebrau pada 22hb Julai ni (Rabu minggu depan).
  2. Kraftangan juga memberi tawaran aktiviti mewarna seramik. Aktiviti ini akan dilaksanakan di sekolah. Tarikhnya terpulang kepada saya. Nantilah saya fikirkan. rasanya mungkin pada 30/9/09, beberapa hari selepas raya.
Kena buat kertas kerja ni.

Pelukis-pelukis yang terlibat dalam menjayakan Saturday night event UTM

Pelukis-pelukis yang terlibat dalam menjayakan Saturday night event UTM

Friday, July 10, 2009

SATURDAY NIGHT EVENT UTM



Hari : Sabtu ( 11.07.09 )
Waktu : 10.00am hingga 11.00pm
Tempat : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Komuniti Pelukis Hutan Bandar dipelawa untuk melibatkan diri dalam ' saturday Night Event' di UTM pada hari Sabtu ini.

Friday, July 3, 2009

Persiapan untuk Gerai seni Hari Terbuka Sekolah

Tarikh : 4 Julai 2009 Sabtu

harap rujuk ler kat artgeng.blogspot.com

Friday, June 19, 2009

Persiapan Lawatan Pengarah Pelajaran Johor

Tuan Pengarah akan datang ke sekolah saya.

Saya kena buat persiapan untuk persembahan 2 projek yang saya bertindak sebagai penyelarasnya.

1. Laman Seni.

2. Projek Technofund UTM

nantilah saya uploadkan gambar dan ceritanya

Mesyuarat kali kedua penubuhan Galeri Seni Merdeka

Hari saya bermesyuarat lagi tentang penubuhan Galeri Seni Merdeka.

nantilah saya upload gambar dan bercerita tentangnya.

agak sibuk sekarang ni

Wednesday, June 10, 2009

Ralat yang perlu dibaiki

Saya sudah emailkan kepada pihak terbabit untuk membuat ralat. Malangnya tiada tindakan yang diambil. Malah email saya juga tidak di balas.

Saya sangat menghargai apabila wartawan terbabit sudi menyiarkan artikel berkaitan karya saya. Malangnya terdapat kesilapan fakta telah ditulis.

Pada saya setiap kesilapan perlu dibetulkan. Oleh itu saya menyiarkan kembali email yang saya hantar tersebut untuk membetulkan keadaan dan salah faham.

Untuk Perhatian Hasnidarwina Hasim
(Ilham III memukau 5/6/09)
Sabtu, 6 Jun, 2009 13:53


Daripada:
"relief_painting@yahoo.com.my"
Tambah Pengirim pada Kenalan
Kepada:
bbsastera@nstp.com.my

Assalamualaikum

Butiran diri saya untuk rujukan
Nama: Norazlan Ahmad
Karya : Khlangkeo_Pencarian 2
Blog : rupadiawan.blogspot.com (kajian karya khlangkeo)
: norazlanahmad.blogspot.com (blog catatan bibliografi)

Pertamanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana menyiarkan petikan tentang karya saya sempena pameran Ilham III di Pelita Hati.

Sangat bertuah saya kerana mendapat perhatian saudari terhadap karya untuk dipaparkan di dada akhbar dalam ruangan sastera keluaran Jumaat 5/6/09.

Namun beberapa kesilapan yang saya sangat harapkan supaya saudari perbetulkan kerana kesilapan tersebut sangat besar pengaruhnya terhadap saya.

Kenyataan saudari dalam rencana tersebut adalah seperti berikut:
Norazlan Ahmad yang tampil dengan karya menarik lewat sentuhan bersahaja, khlangkio-Pencarian 2, menerangkan Sejarah Melayu karya Tun seri Lanang yang menceritakan kewujudan kota yang didirikan daripada batu yang ada di Sungai Melayu, Melaka.(perlu diperbetulkan kepada kota batu hitam yang wujud di hulu sungai Johor)

" Saya tidak dapat pastikan sama ada cerita itu benar atau tidak, tetapi ada sesetengah pihak yang mengaku kononnya pernah terjumpa kota terbabit di Batu Hitam pada awal 1930-an. Saya hanya mengambil ilham daripada kisah terbabit,' jelasnya yang baru pertama kali mencuba seni arca.
(perlu diperbetulkan kepada terjumpa kota batu hitam yang mempunyai lubang seakan pintu dan tingkap.
Saya telah lama menghasilkan karya seni sebegini yang lebih tepat disebut sebagai catan relief. Penerokaan kajian saya bermula dari tahun 2002.
Penampilan pertama saya ialah di pameran Citra Terengganu di Muzium Negeri Terengganu tahun 2005.
Malah karya saya pernah di pamerkan di Balai Seni Lukis semasa Pameran Landskap Malaysia 2006. 2007 beberapa pameran di Johor. 2008 pameran terbuka Galeri Shah Alam. )

Apakah kesannya penyataan yang saudari paparkan,

1. Saya akan kelihatan seperti pelukis yang tidak membuat kajian sebelum membuat sesuatu karya terutamanya karya ini melibatkan sejarah dan arkeologi.

2. Tentunya ahli sejarah akan menganggap yang saya memberi maklumat yang salah dan tidak tepat apabila membicarakannya tentang petikan yang saya ambil daripada manuskrip lama Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang.

Besarlah harapan saya supaya saudari dapat membetulkan penyataan yang salah tersebut. Segala jasa baik saudari saya dahului dengan ucapan terima kasih

norazlan ahmad.

rupadiawan.blogsppot.com
reliefpainting.blogspot.com
norazlanahmad.blogspot.com
komunitipelukishutanbandar.blogspot.com

Keluar Surat Kabar Berita Harian Jumaat 5/6/09




Galeri: Ilham III memukau
Oleh Hasnidarwina Hasimmailto:Hasimbhsastera@nstp.com.my


Sambutan peminat seni tampak membuktikan pameran terbabit istimewa KEHADIRAN ramai peminat seni tanah air pada Pameran Seni Arca: Ilham III di Galeri Pelita Hati, Bangsar, Kuala Lumpur, membuktikan ada sesuatu istimewa pada 50 karya nukilan 23 pengarca tempatan yang menjayakan program terbabit. Antara karya yang mendapat perhatian pengunjung, Siri Kaki garapan Pensyarah Fakulti Seni & Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Zainuddin Abidinhazir yang menzahirkan keperitan dan kepayahan kaki apabila terjebak dan teraniaya dalam perkara tidak diingini.

"Kaki tidak melakukan kesalahan, tetapi sebenarnya teraniaya malah terjebak dengan perkara tidak diingini. Justeru kaki tidak patut dihukum atas kesalahan terbabit sehingga lahir peribahasa kaki judi, kaki bodek, kaki botol, kaki perempuan dan kaki ekor yang bagaikan menghina kejadian bahagian bawah tubuh manusia," katanya pada wawancara dengan Galeri, selepas pelancaran pameran terbabit, bau-baru ini. Pensyarah Seni Halus, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Razif Rathi yang tampil dengan Mask dan Sphere serta Inside a Sphere, baru pertama kali 'bermain' dengan arca, sengaja memilih teknik sculpture painting menyertai Galeri Pelita Hati sejak 2005. "Saya mengambil masa hampir setahun untuk bereksperimen sebelum berjaya mendapatkan formula bagi menghasilkan arca untuk pameran kali ini. Mask mengambil masa seminggu untuk disiapkan mengisahkan figura potret dengan penekanan kepada keseimbangan bentuk muka manusia ciptaan Maha Pencipta," jelasnya.
Norazlan Ahmad yang tampil dengan karya menarik dengan sentuhan bersahaja, Khlangkio – Pencarian 2, menerangkan Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang yang menceritakan kewujudan kota yang didirikan daripada batu yang ada di hutan di Sungai Melayu, Melaka. "Saya tidak dapat pastikan sama ada cerita itu benar mahupun tidak, tetapi ada sesetengah pihak yang mengaku kononnya pernah terjumpa kota terbabit di Batu Hitam pada awal 1930-an. Saya hanya mengambil ilham daripada kisah terbabit," jelasnya yang juga baru pertama kali mencuba seni arca. Beliau hanya menggunakan tanah liat dan habuk kayu sebagai ramuan bagi menghasilkan semua arcanya yang dipamerkan pada pameran terbabit, enggan mendedahkan teknik mengukir arcanya untuk dikongsi dengan peminat seni kerana menganggap ia sebagai rahsia peribadi.


Senjata Hikmat II karya Mohd Faizal Ramli adalah inspirasi daripada falsafah seni ukiran kayu dan pertukangan Melayu, manakala alam sebagai sumber ilham diadunnya dengan teliti bagi memastikan arcanya bersendikan aturan agama, adat resam dan budaya Melayu.
"Saya juga sengaja meneroka pembuatan jendela dengan menggunakan sistem tanggam bagi memberi kekuatan ikatan kepada arca dengan tumpuan pada panel dinding kembung berusia 140 tahun kerana mahu memastikan ia ada citra alam semula jadi," jelasnya. Pelukis dan pengarca lain yang turut menjayakan pameran kali ini ialah Ahmad Fauzi Amir, Ahmad Noor Rashidi, Azman Ismail, Aznan Omar, Cindy Koh, Mohd Afifee Ibrahim, Mohd Daud Abdul Rahim, Mohd Faizal Ramli, Mohd Razif Rathi, Mohd Roslan, Mohd Shaharuddin Supar, Nor Diana Ibrahim, Norazlan Ahmad, Peter Lagan, Ramlan Abdullah, Romli Mahmud, Rosli Zakaria, Stephen Menon, Suhaidi Razi, Tan Bee Him, Zainon Abdullah, Zakaria Sharif dan Zainuddin Abidinhazir.


INFO Pameran Seni Arca: Ilham III

Lokasi : Galeri Pelita Hati, No 22, Jalan Abdullah off Jalan Bangsar, Kuala Lumpur

Tarikh : 28 Mei hingga 20 Jun 2009

Jumlah : 50 karya

Harga : RM 300 hingga RM 28,000 sebuah

Telefon : 03-22848380

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails